Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Eksport Minyak Iraq Tertinggi Dalam Sejarah...Arab Saudi & Qatar Lancarkan 'Perang Ekonomi'


Untuk rekod pada bulan Februari, Iraq dilaporkan oleh Wall Street Journal telah mencatatkan eksport minyak paling tinggi dalam sejarah negara mereka sejak 25 tahun lepas. Ini didorong kerana peningkatan pengeluaran di telaga minyak mereka dan juga permintaan berterusan global. Dan salah satu faktor lain yang menyebabkan eksport minyak Iraq naik adalah nilai matawang mereka yang rendah, menyebabkan negara lain membeli minyak iraq dengan kadar yang rendah. Petronas sendiri turut membeli minyak dari Iraq serta negara rendah matawangnya seperti Venezuela dan menjualnya kembali di negara ini. Selepas sekatan Chapter Seven dilepaskan daripada Iraq, jelas bahawa permintaan terhadap minyak Iraq meningkat berkali-kali ganda banyaknya.

Hal ini juga disebabkan oleh penemuan terbaru telaga-telaga minyak di Iraq. Terbaru penemuan 4 telaga minyak di Kurdistan, Iraq oleh syarikat Oryx Petroleum, sebuah syarikat antarabangsa yang terkenal dengan kepakaran mencari telaga minyak. Dijangkakan lebih banyak lagi telaga minyak akan ditemui dalam masa terdekat. 


Eksport minyak Iraq yang meningkat juga disebabkan oleh projek saluran paip minyak sepanjang 165 kilometer dari Badr ke terminal minyak di Basra oleh  syarikat gergasi minyak Russia,  Gazprom Neft. Dianggarkan bahawa saluran paip ini yang anggaran jaraknya antara Kuala Lumpur dan Kemaman, Terengganu mampu mengangkut minyak kira-kira 200,000 tong minyak sehari. Anggaran 6.2 juta tong sebulan. Itu belum dicampur dengan telaga minyak lain. Jelas bahawa negara Iraq memang kaya raya dengan minyak mereka. Gas pula, mereka merupakan pengeluar no 1 dunia ketika ini.

Dan eksport minyak Iraq akan berterusan naik selepas ini. Didorong kecanggihan teknologi dan penemuan telaga-telaga minyak baru di Iraq. Kemasukan pelabur asing dalam sektor minyak dan gas juga turut membolehkan Iraq menjadi pengeluar minyak no 1 di dunia dalam masa terdekat. Sebab itulah Arab Saudi dan Qatar dengki dengan kejayaan Iraq hinggakan sanggup membiayai pengganas kononnya atas alasan sunnah dan syiah. Ada laporan bahawa Arab Saudi dan Qatar menyalurkan wang dan senjata kepada pemberontak untuk huru harakan Iraq. Tak lain dan tak bukan kerana tidak mahu ekonomi Iraq terus berkembang dan mengatasi mereka.

Arab Saudi dan Qatar juga takut sekiranya matawang IQD naik, Iraq akan menjadi kuasa besar ekonomi di tanah Arab sepertimana jangkaan ramai pihak sebelum ini. Dan ianya tak mustahil dengan peningkatan ketara ekonomi Iraq. Tambahan pula banyak negara telah melabur dengan banyak di iraq ketika ini. Dari sudut keselamatan, jelas bahwa US merupakan negara yang banyak menyokong Iraq. Iraq sendiri telah mengupah syarikat antarabangsa Thales, bagi menyediakan sistem keselamatan di seluruh telaga minyak mereka. Jadi sukar sebenarnya untuk Arab Saudi dan Qatar mencampuri urusan Iraq.

Ketika ini, banyak negara asing telah melabur di Iraq dalam pelbagai sektor. Negara jiran mereka, Iran dilaporkan merupakan negara ke-2 rakan dagang terbesar di Iraq dengan nilai dagangan mencecah 33 bilion ringgit tahun lalu. Iran telah mendapat satu tender baru pembinaan 200,000 rumah mampu milik di Iraq. Amerika Syarikat pula akan membuka pejabat pelaburan Iraq di Washington DC, bagi memudahkan lagi urusan pelaburan di negara Iraq. 


Manakala Agensi kerjasama Antarabangsa Jepun atau Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu bahagian pembaangun (UNDP) telah mengumumkan satu perjanjian pengukuhan untuk mengukuhkan kerjasama mereka di Iraq. Ianya bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan pembangunan ekonomi dan pemulihan sosial di Iraq dalam sektor-sektor utama seperti elektrik, air dan pengurusan pepejal, minyak, pengairan, pengangkutan, industri, kesihatan dan komunikasi.

Korea Selatan pula melalui syarikat Hyundai Lif Co, telah mendapat kontrak sebanyak $ 63 juta untuk membekalkan 1,668 lif untuk semua bangunan pangsapuri Projek Bismaya New City sehingga 2019. Untuk rekod, projek Bismaya New City merupakan  projek perumahan yang terbesar di rantau Arab ketika ini.


Kuwait National Cleaning Company, sebuah syarikat pembersihan dari Kuwait pula memperoleh tender membersihkan bandar Basra. Menurut laporan daripada Alsumaria, syarikat itu menewaskan bidaan syarikat lain daripada Jerman, Lubnan, Turki dan Iran untuk memenangi kontrak tersebut. Jelas bahawa banyak negara sedang berada di Iraq untuk membangunkan ekonomi negara ini. Ianya petanda positif kepada peningkatan IQD dalam masa terdekat.

Bukan sahaja negara asing melabur di Iraq, tetapi Iraq turut memperluaskan pasarannya dengan melabur di negara asing. Iraq dilaporkan akan melabur di Indonesia dengan pembinaan sebuah kilang penapisan di Timur Borneo, dekat Kalimantan. Iraq akan membekalkan 300,000 tong sehari minyak mentah di kilang penapisan itu bagi menghasilkan minyak terus guna untuk dieksport terus ke negara Asia Tenggara. Macam projek RAPID di Pengerang, projek di Indonesia ini pasti akan melonjakkan juga ekonomi Indonesia dan ianya diusaha sama oleh negara Iraq, negara yang memiliki matawang antara terendah di dunia. Jadi logikal akalnya, dengan pelaburan ini dan hasil-hasil lain, ianya takkan munasabah bagi Iraq memiliki nilai matawang seperti sekarang. Pasti dan yakin, akan naik juga suatu hari nanti.

PRU iraq akan berlangsung tak lama lagi. Sama ada Maliki akan kekal, ianya subjektif dan sukar dijangka. Kalau beliau mahu memimpin Iraq sepenggal lagi, mereka perlu naikkan nilai matawang mereka, yang hasilnya akan turut dirasai oleh rakyat Iraq dan kita sendiri sebelum parlimen Iraq dibubarkan pada 25 Mac ini. Segalanya boleh berlaku dalam masa terdekat. Macam kehilangan kapal terbang kita. Kemungkinan untuk menjumpai kembali adalah tetap ada (sama ada wujud elemen pengganas, konspirasi atau sememangnya  terhempas), tak perlu pakai bomoh kerana itu merupakan perkara yang normal dan boleh difikirkan oleh orang ramai. Setiap yang wujud pasti ada akhirannya. 

Macam IQD, akhirannya adalah kenaikan nilai matawang itu sendiri kerana ia adalah putaran ekonomi. Sejarah, kemahuan dan situasi semasa yang akan membolehkan IQD naik kembali. Apapun sabar dan terus berdoa. Kerana yang Maha Kaya akan menentukan sama ada cepat atau lambatnya sesuatu itu berlaku....

7 Februari Tarikh Akhir Bayar Hutang..IQD Akan Memasuki Pasaran Forex

Kongres US diminta membayar hutang mereka ketika ini yang berjumlah sebanyak 17 trilion sebelum 7 Februari ini. Menurut Setiausaha Perbendaharaan US, Yakub Lew dalam satu suratnya kepada kongres supaya menaikkan had siling sebelum 7 Februari ini, jika tidak US akan kembali bangkrap. Banyak jangkaan US akan bangkrap sebelum 14 Januari lalu tetapi mereka dapat suntikan modal dalam nilai 1 trilion. Malangnya nilai itu masih tidak mencukupi kerana hutang mereka sentiasa bertambah dan US kena lakukan sesuatu sebelum 7 Februari ini. 
 

Ada jangkaan bahawa satu suntikan modal besar akan muncul tak lama lagi (melalui pengapungan dinar). Sebab itulah dijangkakan duit kita akan jatuh ke paras 1 ringgit bersamaan 3.60 usd hujung tahun ini. Kerana ekonomi US akan kuat selepas ini. Matawang mereka akan meningkat. Tapi dengan syarat bahawa hutang mereka dilangsaikan, dan suntikan modal tunai bertrilion dolar akan disuntik ke dalam ekonomi US. Semuanya bergantung kepada kenaikan IQD itu sendiri. Kalau tidak, mereka takkan ada nilaian tunai yang besar untuk diperolehi dalam masa terdekat.

Sebab itulah ramai pemimpin US adakan pertemuan rasmi dengan pemimpin Iraq. Hatta Speaker parlimen pun sendiri berjumpa dengan Senator John Kerry, Naib Presiden US sendiri. Masanya akan tiba tak lama lagi. 
 
 
Ura-ura bahawa IQD akan didagangkan dalam pasaran forex, adalah perkara yang tak mustahil boleh berlaku. Pasaran FOREX yang kita ketahui adalah pasaran paling besar, lebih besar daripada pasaran saham. Bahkan dianggarkan transaksi satu hari sahaja berjumlah 1 trilion Dolar. Jika Iraq masuk ke dalam pasaran forex, sudah tentu ianya amat bagus untuk matawang Iraq. Matawanag IQD akan dipengaruhi oleh akitiviti jual beli ( Import dan Eksport) antara negara-negara asing dengan Iraq dan ia akan menaikkan nilai matawang Iraq itu sendiri. FOREX sendiri didagangkan 24 jam sehari dan 5 hari seminggu dan ia sudah tentu merancakkan pasaran matawang IQD itu sendiri. Jadi apa lagi yang kita nak sangsikan dengan matawang iraq. Tunggu masanya sahaja dan segalanya tiada mustahil dalam dunia ini....

Kenapa Ringgit Tinggi Sedangkan Bajet Iraq Lebih Besar Daripada Negara Kita??


Pada 25 Oktober lalu, bajet negara kita telah dibentangkan di Parlimen oleh PM kita. Sejumlah RM 264.2 bilion telah diperuntukan untuk tahun 2014. Iraq juga akan membentangkan bajet mereka dalam masa terdekat. Mengikut laporan dikatakan bahawa bajet 2014 adalah merupakan bajet terbesar dalam sejarah Iraq. Sejumlah 150.12 billion USD atau 471.40 bilion Ringgit Malaysia (sumber : http://www.ifpinfo.com/Top-MiddleEast-NewsArticle-3395) akan diperuntukkan untuk bajet negara Iraq bagi tahun hadapan. Sebelum itu pada tahun ini, hanya 120 bilion USD atau 376.9 bilion ringgit diperuntukkan. Jelas bahawa bajet Iraq sebenarnya lebih banyak daripada bajet negara kita. Perbezaan yang amat ketara sebanyak 207.2 bilion ringgit antara bajet negara kita (RM 264.20 bilion) dan negara Iraq (RM 471.40 bilion).

Jadi kenapa duit ringgit kita lebih mahal daripada kadar tukaran Dinar Iraq? Itu persoalan besarnya. (bacaan lanjut di sini)

US Genting, Obama Akan Berjumpa Dengan Maliki Bulan Ini..



Peristiwa kelumpuhan pentadbiran kerajaan Obama amat mengejutkan dunia ketika ini. Tragedi dipanggil sebagai " Washington Shutdown'' pada 1 Oktober lepas, telah menyebabkan banyak pihak di dunia ini risau dengan situasi tersebut. Kerajaan Obama terpaksa menghentikan sebahagian perkhidmatannya ekoran keputusan Dewan Perwakilan, dikuasai parti Republikan (pembangkang US), yang enggan meluluskan bajet 2014 negara mereka. 

" Washington Shutdown" menyebabkan pasaran saham US merudum dengan teruk dan nilai matawang US turut jatuh. Ia juga menyebakan lebih 700,000 kakitangan kerajaan awam US terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan juga tanpa jaminan pampasan. Taman negara dan muzium serta bangunan libatkan kerajaan akan ditutup manakala cek pencen dan faedah kepada golongan veteran akan diberhentikan. Permohonan visa dan pasport juga tidak akan diproses. Obama sendiri terpaksa membatalkan kehadirannya di persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC di Bali serta kunjungan rasminya ke negara kita hari ini. Bahkan Obama turut digantikan oleh Senator John Kerry untuk merasmikan Global Entrepreneurship Summit 2013 di Kuala Lumpur esok. Ini semua kerana kegagalan Obama untuk mendapatkan kelulusan bagi menaikkan had siling hutang negara mereka.


US ketika ini dalam keadaan genting. Menurut ramai penganalisis ekonomi, keadaan di US akan bertambah teruk jika ianya tidak diselesaikan dalam masa terdekat. Kerajaan US dijangka terus lumpuh jika tak diselesaikan dalam tempoh sebelum 17 Oktober ini. Dilaporkan bahawa kerajaan Obama perlukan suntikan hutang sebanyak 1 Trilion USD (3.12 trilion ringgit) untuk kelulusan bajet 2014 mereka. Mereka sebenarnya sudah buntu. Di pihak republikan, mereka pun bukan ingin melihat kejatuhan kerajaan Obama tetapi kerana tidak mahu menaikkan had hutang siling US yang sudah mencecah 7 trilion lebih. Tekanan negara luar semakin dirasai. China yang merupakan kuasa besar ekonomi dunia memberi amaran bahawa jika US tidak selesaikan masalah mereka dalam masa terdekat, ekonomi global akan hancur. China sendiri risau yang hutang US kepada mereka sebanyak  £794 billion Pound Sterling atau kira-kira RM  4.06 trilion ringgit gagal dibayar kepada negara mereka. Jelas sudah wujud tekanan dari dalam dan luaran untuk Obama selesaikan masalah besar yang melanda US ketika ini.

Jelas antara pergantunggan harap kerajaan US ketika ini adalah kepada kerajaan Iraq sendiri. Mereka penyimpan terbesar IQD di dunia ini. Antara pengharapan US adalah kenaikan IQD untuk memulihkan operasi mereka kembali. Sememangnya ini tidak dapat dinafikan dan dilaporkan bahawa dua jemputan telah dihantar kepada Maliki oleh Obama untuk melawat ke US hujung Oktober ini. Bacaan lanjut untuk pemegang IQD dari saya (klik)

Kesedian Brazil Untuk Bantu Iraq Sertai WTO, Iraq Antara 10 Negara Terkaya Dunia

 
WTO, satu pertubuhan yang sedang dalam perancangan negara Iraq untuk menyertainya dalam masa terdekat. Jelas bahawa kerajaan iraq sedang berusaha keras untuk menjadi anggota penuh kepada pertubuhan perdagangan antarabangsa (WTO) dan bukannya ahli pemerhati ketika ini. Kesediaan kerajaan Brazil untuk melobi Iraq menjadi anggota WTO dalam pra persidangan WTO di Brasilia, ibu kota Brazil pada 22 September lalu, jelas telah menggembirakan kerajaan Iraq. (bacaan lanjut di sini)

Selangkah Ke WTO, Petronas Perolehi Keuntungan Di Iraq



Isu penyertaan Iraq ke dalam WTO sedang hangat diperbincangkan. Kementerian Perdagangan Iraq pada Isnin lepas telah mengumumkan bahawa Iraq telah hampir memenuhi semua syarat-syarat untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan diterima sebagai negara anggota WTO. Menurut Pengarah Perhubungan Luar dan Kementerian Perdagangan Hashim Mohammed, bahawa Iraq telag memenuhi semua keperluan yang digariskan oleh Jawatankuasa WTO. Menurutnya lagi bahawa Iraq telah memajukan sistem perbankan, menguatkuasakan peraturan-peraturan kewangan ,undang-undang pelaburan,sektor import dan eksport untuk menjadi anggota sah WTO. 

"Jawatankuasa organisasi di Timur Tengah dengan teliti mengikuti Program Iraq untuk memasuki organisasi dan mengesahkan bahawa Iraq adalah bergerak ke arah yang betul untuk mendapatkan keanggotaan organisasi (WTO)", katanya.

Jelas bahawa Iraq sedang hampir untuk diterima masuk sebagai anggota WTO. Selepas pengguguran Chapter Seven ke atas Iraq, jelas bahawa aktiviti dagangan antarabangsa telah rancak di Iraq. Semua pihak berkaitan di Iraq sedang usaha ke arah itu. Bahkan mereka akan belajar dari Brazil dan meniru negara itu dalam penyertaan ke WTO. Penyertaan Iraq ke dalam WTO akan memberikan banyak kesan positif kepada Iraq dan kenaikan dinar iraq itu sendiri. Menurut Ahli Jawatankuasa Ekonomi, Jasim shankali, bahawa penyertaan Iraq kedalam WTO akan membawa Iraq akses kepada semua pasaran dunia dan memperoleh pengalaman perniagaan yang berguna serta akan meningkatkan nilai matawang iraq itu sendiri. WTO dan Iraq, adalah isu yang sinonim dan akan diselesaikan oleh Iraq dalam masa terdekat. 


Isu perletakkan jawatan Gabenor Bank Negara Iraq, Dr Abdel Basset Turki hanyalah suatu khabar angin yang nyata tidak berasas. Beliau masih memegang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Iraq dan nyata telah berusaha keras ketika ini untuk membawa banyak bank-bank asing masuk ke dalam Iraq. Dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa CBI  menyokong kemasukan bank asing ke Iraq yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Iraq dan mengukuhkan keyakinan pasaran perbankan di Iraq. Untuk itu juga, satu undang-undang tentang keselamatan deposit wang di bank telah digubal dan nyata membuatkan pelabur asing bertambah minat untuk melabur di Iraq. Atas usaha CBI inilah menyebabkan jangkaan bahawa nilai IQD akan meningkat dalam masa terdekat. 

Menurut Ahli Jawatankuasa Kewangan Parlimen ,Haidar Al-Abadi berkata bahawa minggu akan datang akan melihat lebih banyak peningkatan dalam nilai dinar berbanding dolar yang akan meningkatkan keyakinan dunia. Abadi berkata dasar monetari yang baru oleh Bank Negara telah memberi kesan yang sangat besar kepada peningkatan nilai dinar Iraq, yang mencerminkan secara positif di pasaran Iraq perjanjian import dan eksport. Bahkan menurutnya lagi bahawa Dinar Iraq akan menjadi matawang antarabangsa selepas ini.


Ini yang kita jangkakan sebenarnya. Nilai IQD akan meningkat dan akan diiktiraf sebagai matawang antarabangsa suatu hari nanti. Suasana di Iraq ketika ini penuh sibuk dengan aktiviti ekonomi. Syarikat luar berlumba-lumba masuk ke dalam Iraq. Tak terkecuali syarikat di negara kita, Petronas. Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Carigali Iraq Holding BV dilaporkan telah berjaya mengeluarkan minyak pertamanya daripada lapangan minyak Garraf di Wilayah Thi Qar pada 31 Ogos lalu.  


Pengeluaran lapangan minyak itu dilaporkan bermula pada kadar 35,000 tong minyak sehari (bpd) dan ia dijangka mencecah 230,000 bpd pada 2017. Bayangkan sehari dah dapat income RM 11.48 juta (35,000 darab rm 328 untuk 1 tong). Kalau sebulan? setahun? Tujuh tahun? Tak kayo ker? Itu baru satu telaga minyak. Di iraq, beratus-ratus ribu telaga minyak kat sana. Yang masih belum ditemui itu soal lain. Mungkin berjuta-juta telaga minyak di Iraq. Sebab itulah kalau dikatakan bahawa Iraq mampu ke nak bayar kalau RV? Sebenarnya itu soalan yang boleh dijawab dengan aset apa yang ada di Iraq. Kalau satu telaga dah cecah jutaan dolar satu hari. Takkanlah Iraq tak mampu bayar. Lagipun jika duit IQD ditukar semula ke Iraq, Iraq boleh guna IQD itu untuk import barang lain. atau beli matawang lain. Sebab ianya matawang yang sah dan digunapakai di seluruh dunia. Sebab itulah kalau kita menyimpan IQD, saya ibaratkan sebagai batu permata di atas kekayaan minyak dan ekonomi Iraq itu sendiri. 

 
Dalam hubungan dengan dunia luar pun, Iraq sudah terkehadapan sekarang. Terbaru dan mungkin mengejutkan kita, bahawa sudah ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Baghdad. Telah ada penerbangan sulung Iraq Airways melalui  pesawat Boeing 777 dari Iraq ke KLIA pada 4 September lepas. Ini petunjuk jelas bahawa Iraq sudah keluar dari kepompongan peperangan dan kemunduran. Dan Malaysia dipilih sebagai hab asia tenggara untuk negara asean lain ke Baghdad. Menurut Pengarah Komersialnya, Kapten Badri Latif, berkata syarikat penerbangan itu menawarkan dua penerbangan seminggu bagi laluan itu pada Selasa dan Sabtu. Menurutnya lagi bahawa terdapat kira-kira 5,000 warga Iraq menetap di Malaysia dan Iraqi Airways melihat peluang itu bukan hanya daripada mereka tetapi juga peluang lain khususnya dari segi aktiviti pelancongan dan perniagaan kedua-dua negara. 

“Ada tiga syarikat Malaysia yang menjalankan projek di Iraq, satu daripadanya ialah PETRONAS,” katanya. Sudah jelas dan terang lagi nyata, bahawa Iraq sudah 360 darjah telah berubah. Ini semua indikator bahawa Iraq akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia suatu hari nanti dan matawang mereka, iaitu IQD akan bernilai tinggi semula nanti sama seperti perang sebelum ini.

PM Maliki akan ke US hujung bulan ini untuk bertemu Barack Obama. Satu perjanjian rangka strategik antara Iraq dan US akan ditandatangani nanti. September masih belum berakhir. Harapan tetap ada. Dengan ura-ura kemasukan Iraq ke dalam WTO, ianya sebenarnya adalah langkah akhir untuk naikkan nilai IQD. 

Kita tunggu dan lihat. Rugi kalau tak menyimpan. Soal naik berapa tak jadi masalah. Soal kenaikan yang pasti itu sebenanya yang perlu kita lihat. Kalau negara lain amat yakin dengan kemampuan matawang iraq ini. Kita mungkin lebih lagi akan bertambah yakin. Hanya masa dan perancangan illahi yang akan menentukan kekayaan kita semua. Teringat kata-kata seorang pakar motivasi kewangan, Robert T Kiyosaki. Katanya, kekayaan luar biasa seseorang bermula dengan satu tindakan nekad dan impian yang dianggap 'gila' oleh orang lain. Jadi dengan adanya impian dan keyakinan yang tinggi, tak mustahil dan hampir pasti, kita akan mendapat kejayaan dan kekayaan melalui IQD ini, insyaALLAH.

* Selepas ini, banyak maklumat saya hanya disalurkan kepada group saya sahaja (Kelab Jutawan Dinar Iraq Official). Atas faktor keadilan dan haq mereka yang memegang dinar daripada saya

India Guna IQD Untuk Dagangan Dua Hala, Desakan Kuat Naikkan Nilai IQD

Tahniah kita ucapkan buat Gabenor Bank Negara kita, Tan Sri Zeti A Aziz yang mendapat gred A buat dua kali berturut-turut daripada Global Finance Central Banker Report Card, sebuah majalah antarabangsa yang berkaitan dengan perbankan dunia. Turut mendapat gred A adalah Gabenor Bank Filipina, Amando Tetangco Jr. dan Gabenor bank Taiwan, Fai-Nan Perng. Semuanya dari Asia. Syabas dan bangga kerana kita memiliki Gabenor bank yang hebat walaupun dikritik hebat atas dasar pinjaman yang ketat dan kejatuhan ringgit kita baru-baru ini.
 
Buat Gabenor Bank Negara Iraq yang baru, Dr Abdul Basit Turki Saeed, Majalah Global Finance tiada menetapkan penarafan gred buat beliau kerana beliau masih baru dan tidak sampai setahun berkhidmat. Walaubagaimanapun, dilihat banyak tekanan dalaman terhadap beliau untuk bertindak agresif menaikkan nilai matawang iraq. Terbaru gesaan secara terbuka kepada beliau agar menaikkan nilai IQD selepas Iraq bebas daripada sekatan PBB. Jawatankuasa Ekonomi Parlimen Iraq dijangka akan memanggil Gabenor dan juga kakitangan Bank Negara Iraq (CBI) dalam masa terdekat. Mereka juga terkejut kerana nilai IQD masih lagi tidak naik selepas pasca Chapter Seven dan menyatakan dengan tegas bahawa usaha CBI untuk redenominasi matawang (delete tiga sifar) tidak perlu buat masa sekarang kerana inflasi masih tinggi. Menurut jawatankuasa Parlimen iraq itu bahawa yang paling penting sekarang adalah kenaikan nilai matawang iraq dan ini penting untuk kemajuan dan kesenangan rakyat Iraq itu sendiri. Jelas gesaan ini dilihat usaha agresif kerajaan Iraq untuk mengenakan tekanan kepada CBI untuk percepatkan kenaikan IQD.

Begitu juga perkembangan berita tentang usaha kerajaan India yang ingin menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Iraq dengan menggunakan matawang Dinar Iraq serta Rupiah India dan bukannya US Dollar. Menurut Menteri Perdagangan dan Kementerian India, Anand Sharma, menyebut bahawa negara itu sedang mengkaji kemungkinan membayar untuk perdagangan dengan Iraq dengan menggunakan mata wang tempatan diwakili oleh Dinar Iraq dan Rupiah India dan bukannya Amerika Syarikat Dollar.

Beliau menambah bahawa dinar Iraq kukuh dan ditutup dengan rizab yang besar mata wang asing dan emas, terutamanya dalam tempoh baru-baru ini dinar meningkat dengan ketara berbanding dolar, menjadikan kuasa ekonomi besar seperti India untuk mengekalkan dinar Iraq dan berurusan dengan ia, katanya. PM Iraq, Nuri Al Maliki ketika ini berada di India dalam lawatan negara selama 5 hari. Lawatan itu antara lain untuk memuktamadkan perjanjian untuk menjual lebih banyak minyak ke New Delhi. Kadar pedagangan antara India dan Iraq sejak Jun lalu telah mencapai jumlah dagangan kira-kira $ 21 bilion USD, satu angka yang sangat besar dalam tempoh 3 bulan. 

Jelas ini adalah petunjuk ekonomi yang baik untuk dinar Iraq kerana negara kuasa besar ekonomi dunia sudah mula menggunakan IQD sebagai kadar tukaran dalam transaksi perdagangan mereka selepas pasca Chapter Seven. Perubahan positif ke atas matawang IQD terus berlaku dan kalaulah India yakin dengan IQD..apalah kita gamaknya?? Sudah tentu kita akan bertambah yakin lagi kerana ianya matawang yang sah dan sedang diperdagangkan di seluruh dunia.

Ekonomi Iraq terus berkembang dengan pesat dan ini telah disahkan oleh Kementerian Perancangan Iraq dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bahawa ekonomi Iraq yang semakin meningkat dengan ketara, terutama selepas peningkatan pengeluaran dan eksport minyak mentah Iraq. Ya memang sekarang Iraq tengah giat eksport dan import minyak mereka setelah dilepaskan sekatan ekonomi oleh PBB Jun lalu. Minyak Iraq sudah berada di pasaran dunia ketika ini. Sebab itulah mereka optimis untuk menyertai WTO bila-bila masa dari sekarang. 
 
Ketika ini harga minyak dunia sedang melambung tinggi. Semalam sahaja, 1 tong bernilai kira 105.92 USD atau 349.547 ringgit duit kita. Bayangkan kalau 6 juta tong satu hari, pendapatan iraq boleh cecah RM 97 juta tong satu hari atau 15 bilion ringgit sebulan. Itu belum hasil gas asli lagi serta komoditi-komiditi lain. Malangnya kerana duit Iraq murah, menyebabkan hasil mereka tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat mereka. Kerana minyak dan gas didagangkan dengan harga murah, menyebabkan pendapatan mereka taklah sebanyak mana berbanding nilaian sebelum perang lalu. Kalau nilai sebelum perang, 1 tong tu bersamaan dengan RM 350 dan darab lagi dengan rm 11 (nilai 1 dinar bersamaan 11 ringgit duit kita), sudah tentu Iraq akan perolehi 3850 ringgit bagi 1 tong. Kalau 6 juta tong sehari?? Bayangkan betapa kaya dan banyaknya Iraq dapat hasil jualan minyak mereka sebelum perang dahulu. Hanya kerana duit mereka bernilai amat tinggi. Lebih tinggi daripada US dan negara kita sendiri ketika itu.


Sekarang di malaysia kita kecoh dengan TTPA dan terbaru kenyataan Bekas Perdana Menteri kita yang ke-4, Tun Dr Mahathir yang jelas menentang keras perjanjian itu. Menurut negarawan itu, walaupun negara tidak menandatangani TPPA, tetapi beliau melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia tetap boleh terus berkembang dari segi dagangan antarabangsa. Sebenarnya ada satu point lagi yang menyatakan Tun Dr M tidak setuju dengan TTPA ini. Kerana Malaysia tidak boleh kontrol matawang ringgit kita. Dalam TTPA, kawalan ke atas kadar pertukaran tidak dibenarkan sama sekali. Duit RM kita akan didagangkan di peringkat global. Tiada istilah tambatan ringgit lagi. Ini yang dibimbangi oleh Tun Dr M kerana risau duit kita akan teruk jatuh berbanding 11 negara dalam TTPA itu sendiri (antaranya Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun). Apa yang hairannya kenapa negara jiran lain seperti Indonesia, Thailand tidak berani sertai TTPA. Begitu juga India dan China. Memang ada bagusnya kita sertai TTPA kerana ada curahan modal dan teknologi daripada negara TTPA. Tapi kesannya negatif masih banyak lagi ada. Sertai atau tidak, ianya perkara subjektif.

Di Iraq juga ada perjanjian serupa antara Maliki dan Obama iaitu SFA yang akan ditandatangani September ini. SFA adalah singkatan Strategic Framework Agreement atau Perjanjian Rangka Kerja Strategik. Ianya melibatkan kerjasama ekonomi dan hal-hal lain. Ia merupakan satu perjanjian yang baik buat Iraq kerana ia akan membuka Iraq lebih lagi ke pasaran global. Negara mereka masih baru dan sumber hasil bumi mereka banyak. Mereka boleh tandatangani perjanjian bebas dengan negara lain dan ini akan menaikkan nilai matawang mereka di peringkat global. Sebab itulah Iraq sebenarnya lebih sesuai sertai TTPA kerana mereka negara baru hendak membangun dan memiliki kekayaan sumber hasil yang banyak berbanding negara kita. Negara kita sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak perlu TTPA diwujudkan (Apapun ada pro dan kontranya TTPA itu, jalan terbaik adalah perbincangan).
 
 
Kesimpulannya, Iraq semakin agresif dalam menentukan hala tuju negara mereka. Gabenor CBI dan Maliki dalam tekanan untuk menaikkan kembali ekonomi dan nilai matawang iraq. SFA mungkin antara salah satu jalan buat Iraq untuk naikkan nilai matawang mereka. Lawatan Maliki ke US pada bulan September ini bakal membuka lembaran baru buat Iraq. Masanya semakin lama, semakin hampir. Standard Chatered, antara bank terbesar dunia sudah mengumumkan akan membuka 3 cawangan Bank di Iraq (iaitu di Baghdad, Erbil dan Basra) dalam masa terdekat. Semua bank sudah bersiap siaga untuk menerima nilai kadaran tukaran iqd yang baru. Kita stand by sahaja dari sekarang. Tak kisah tarikh 28hb atau bulan hadapan, kita semua perlu simpan IQD kita sebaik-baiknya. Perkembangan semasa akan menunjukkan perubahan nilai IQD dalam masa terdekat. InsyaALLAH bila-bila masa dari sekarang. Hanya doa dan tawakal yang terbaik buat kita ketika ini.

Selamat Idul Fitri 1434..Perkembangan Semasa Di Iraq



Kami dari JDI mengucapkan Selamat hari raya Idul Fitri 1434 Hijrah kepada semua pemegang IQD kami khasnya dan anda semua. Dengan ucapan taqaballahu minna wa minkum minal aidzin wal faizin, mohon maaf zahir serta bathin. Semoga kedatangan Syawal kali ini memberikan seribu kemaafan dan makna yang baik buat kita semua.

Tentu ramai yang terkejut kalau saya katakan dalam masa 3 bulan sahaja, orang yang menukarkan 1 juta RM kepada dollar US pada bulan Mei boleh mendapat untung sebanyak RM 350,000 apabila menukarkannya kembali kepada RM pada dua hari lepas. Kerana duit rm kita sekarang jatuh mendadak berbanding dengan US dan hampir mencapai paras 3.30 ringgit bagi 1 usd. Berbanding mei lalu, duit kita bernilai tinggi dan mencapai rm 2.93 bagi 1 usd (maknanya kalau kita ke us pada bulan Mei, satu botol coca cola (yang berharga 1 usd) hanya dalam RM 2.93 sen sahaja pada bulan mei berbanding harganya meningkat kepada RM 3.30 sen dua hari lepas). Inilah kuasa ajaib matawang. Boleh sekelip mata sahaja memberikan keuntungan kepada sesiapa yang menyimpannya. Untung sebanyak 350,000 bukannya sedikit. Boleh beli sebuah rumah teres dekat Nilai. Sebab itulah tak hairan kalau syarikat-syarikat korporat dan bank boleh jana keuntungan berbilion-bilion setahun hasil kepada simpanan matawang asing, seperti mana yang kita lakukan ketika ini. 


Dan Iraq amatlah kes istimewa. Kerana matawang mereka jatuh mendadak kerana perang. Jatuh bukannya sedikit. Hingga habis 3 sifar nilai kadar tukaran matawang mereka jatuh. Begitu juga di Mesir. Duit mereka jatuh kepada sebanyak 0.01 sen sejak rampasan kuasa berlaku. Walaupun kejatuhan matawang mereka tak lah seteruk Iraq kerana ianya kekecohan politik berbanding dengan Iraq yang melibatkan perang, tapi kesimpulan yang boleh kita ambil ialah setiap negara pasti akan berubah nilai matawangnya apabila berlaku sesuatu melibatkan negara mereka. Sama ada peperangan, pilihanraya mahupun kegawatan ekonomi. 

Sebab itulah jika kita simpan IQD, ianya adalah aset berharga buat kita semua. Masanya makin hampir sebenarnya. Maklumat dari sana juga banyak kedengaran dalam masa terdekat. Sidang Parlimen Iraq akan bersidang pada hari ini dan antara yang menjadi tumpuan adalah kelulusan undang-undang melibatkan perjanjian perdagangan bebas Iraq dengan negara luar. Juga undang-undang pelaburan swasta dalam sektor minyak dan gas untuk merancakkan industi itu di Iraq terutamanya kemasukan syarikat-syarikat antarabangsa ke dalam Iraq. 

PM Iraq, Maliki dijangka akan ke US dalam bulan September ini untuk bertemu Obama dalam rangka pelan strategik rahsia antara kedua-dua negara. Ada kedengaran bahawa soal ekonomi dan matawang menjadi tajuk perbincangan utama kedua-dua pemimpin ini. Sebab itulah Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari akan terlebih dahulu melawat US khamis ini untuk pertemuan khas dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry. Jelas ada agenda penting antara kerajaan Iraq dan US. Sebenarnya Maliki dalam tekanan politik yang tinggi ketika ini. Ramai pihak mendesak beliau berundur terutamanya daripada Parti beliau sendiri, Parti Perikatan Kebangsaan Iraq atas kegagalan beliau melakukan pemodenan di Iraq.  Ditambah dengan pilihanraya umum Iraq yang dijangka berlangsung pada tahun hadapan selepas kali terakhir diadakan pada  7 Mac 2010. Jelas Maliki dalam tekanan. Nak tak nak, sesuatu perlu dilakukan sebelum pilihanraya umum Iraq. Pengapungan IQD dan pemodenan negara Iraq, adalah satu tonik ajaib buat Maliki untuk menang pilihanraya dan dilantik sebagai PM Iraq bagi penggal ketika. Sebab itulah Maliki kelihatan agak sibuk ketika ini. Terutamanya mendapat nasihat dan sokongan daripada US dan Iran.


Apapun  kadar tukaran IQD semakin naik berbanding dolar dalam tempoh 10 tahun. Nilainya berterusan meningkat dan ini memberi petunjuk yang jelas tentang kekuatan ekonomi Iraq. Apa yang kita nantikan adalah pengapungan nilai IQD itu sendiri pada nilai yang normal. Ada pakar ekonomi menyatakan bahawa Iraq ketika ini rugi walaupun harga minyak dunia naik kerana nilai matawang mereka tak normal. Usaha gigih sedang dijalankan oleh kerajaan Iraq ketika ini. Penyertaan mereka ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diutamakan ketika ini. Tujuan penyertaan ke dalam WTO adalah untuk menggalakkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara yang berbeza untuk mencapai integrasi ekonomi serta menstabilkan nilai matawang mereka. 

Untuk usaha itu, Iraq akan telah menandatangani 80 perjanjian bersama dengan negara-negara Arab dan asing  dan melaksanakan pembentukan 55 jawatankuasa bersama dengan pelbagai negara di seluruh dunia. Ini tak lain dan tak bukan, untuk manfaat ekonomi Iraq dan juga menaikkan nilai matawang mereka kembali. Jadi sifirnya, tunggu dan berdoa kerana masanya sudah tak lama. RV akan berlaku secara serentak dan bukannya di Iraq sahaja. Tunggu signal dari kami dan selepas itu, sujud syukur kita semuanya. Rezeki tuhan amatlah luas. Cuma pandai mengambil peluang dan berusaha, adalah azimat penting untuk kita perolehi rezekiNya itu. 

Mood ' Stand By' Ketika Ini...

 
 
Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah minyak mentah dalam bumi yang telah berjaya ditemui semakin bertambah sejak tahun 1990 walaupun penggunaannya yang sentiasa meningkat. Setakat 2011, jumlah minyak yang ditemui dianggarkan pada kadar 1.5 trilion tong minyak mentah. Dan sebanyak 5.9 trilion tong minyak mentah lagi dijangka diperolehi walaupun ia belum ditemui. Bayangkan masih banyak lagi minyak yang belum ditemui hingga ke hari ini. Termasuklah di iraq sendiri.  Dianggarkan di Iraq sahaja, 146 bilion tong sudah dikenalpasti untuk dicari gali. Itu belum yang ditemui lagi. Bayangkan kalau 146 bilion dijual pada harga 100 usd per tong. Hasil yang akan diperolehi oleh kerajaan Iraq adalah kira-kira 14.6 trilion USD dollar atau 46.72 trilion ringgit Malaysia. Jadi soal Iraq mampu atau tidak untuk RV, sebenarnya sudah terjawab dengan angka-angka ini. 

Sememangnya minyak yang menyebabkan negara Iraq kaya raya di dunia. Iraq merupakan  pengeluar minyak kedua terbesar dalam Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum Dunia (OPEC), dan pengeksport minyak ketiga terbesar di dunia. Pertumbuhan ekonomi Iraq bergantung sepenuhnya kepada minyak. Jika pada tahun 2010 dahulu, kadar pertumbuhan ekonomi Iraq hanya mencatatkan peratusan sebanyak 5.9 % sebelum naik mendadak ke paras 8.4 % pada tahun 2012 disebabkan oleh pengeluaran minyak purata tiga juta tong sehari. Dan masa akan datang, pertumbuhan ekonomi Iraq akan terus bertambah naik disebabkan oleh pengeluaran minyak yang makin bertambah pengeluarannya. Minyak, sememangnya akan merubah 100 peratus wajah Iraq suatau hari nanti.

Soal delete three zeroes atau pemadanan tiga sifar sedang hangat dibincangkan. Pasca selepas penguguran Chapter Seven daripada Iraq menyaksikan bahawa bahawa polisi dan dasar kewangan kerajaan Iraq akan berubah. Banyak pandangan bahawa 3 kosong dibuang pada kadar tukaran matawang Iraq, bukannya jenis note. Maknanya 1 dinar yang kini bersamaan dengan 0.00086 menjadi 1 dinar bersamaan 0.86 usd. Atau dibundarkan kepada 1 dinar bersamaan 1 usd. Dan penukaran note juga mungkin berlaku, tapi mesti disekalikan dengan kenaikan IQD kerana mereka sedang berusaha untuk naikkan nilai IQD ketika ini. Sepertimana kenyataan daripada Bank Negara Iraq :

 “it is expected to continue this decline of the dollar and that the Iraqi witness Iraqi dinar biggest improvement over the next few days, according to the Central Bank and indicators of market movement.”

Maksud kenyataan di atas bahawa IQD akan mengalami peningkatan terbesar dalam tempoh beberapa hari akan datang berdasarkan pergerakan pasaran. Apa yang pasti hari ini bahawa nilai IQD semakin naik dan Dolar US semakin jatuh ketika ini. Persatuan Bank-bank Iraq sendiri te;ah bersetuju dengan Bank Negara mengurangkan kadar pertukaran dolar tunai kepada 1.180 pada dinar Ahad lepas. Dasar monatari ini boleh dilakukan oleh Bank Negara Iraq. Ada juga jangkaan bahawa Bank Negara Iraq akan mengangkat nilai matawangnya pada paras 1 dinar bersamaan 3.3 usd sedang bertiup kencang ketika ini. 

Dasar untuk RV matawang IQD boleh dilakukan oleh Iraq bila-bila masa sahaja. Dengan penarafan kredit antarabangsa gred B yang mula diberikan kepada Iraq selepas penguguran Chapter Seven.  Ia petunjuk positif kepada keadaan ekonomi Iraq. Bon sudah mula diniagakan di Iraq. Muncul syarikat-syarikat utama di dunia  yang berlumba-lumba untuk mebuat pelaburan langsung di Iraq. Pengecualian cukai korporat turut diberikan oleh kerajaan Iraq untuk menggalakkan pelaburan di Iraq.
 
 

Draf pembaharuan sektor perbankan di Iraq telah dibuat dan mencapat pujian Bank Dunia. Pembukaan bank-bank antarabangsa seperti Citibank dan Standard Chatered akan memberi kesan ekonomi yang positif kepada Iraq. Bahkan Citibank sendiri dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Iraq adalah matlamat terbesar dalam aktiviti-aktiviti perbankan kumpulan itu pada masa hadapan.

Situasinya kini penuh dengan kejutan. Sama maca kejutan ketika Iraq digugurkan daripada chapter Seven 27 Jun lepas. Siapa sangka secepat itu Iraq digugurkan daripada sekataan PBB kerana ada pandangan bahawa Iraq hanya boleh digugurkan daripada Chapter Seven tahun 2014.  Semua orang dalam mood stand by. Semuanya sukar dijangka dan masanya bagi saya sudah hampir. Elok sediakan payung sebelum hujan. Sempena bulan ramadhan yang penuh ajaib dan mustajab doanya ini, teruskan doa dan harapan kita. InsyaALLAH rezekiNya ada dimana-mana. Sabar dan berdoa, 2 resipi ajaib yang boleh kita lakukan ketika ini. RV tetap akan berlaku, cuma cepat atau lambatnya, semua mengikut ketentuanNya. Mudah-mudahan yang terbaik buat kita semua, insyaALLAH. 


Iraq...Melangkah Maju Ke Hadapan

“Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu puasanya. Didlm bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yg lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.” (Hadith Sahih Iman Ahmad)

Marhaban ya ramadhan.. salam ramadhan al mubarak kepada semua amnya, dan pemegang dinar JDI khasnya. Ramadhan itu adalah bulan yg memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya (InsyaALLAH rezeki RV kita doakan). Semoga ramadhan kali memberi seribu satu keinsafan, keberkatan dan kenikmatan dalam beribadah kerana Allah S.W.T...Amin~


Suasana di Iraq ketika inilah amatlah meriah dengan sambutan ramadhan. Suasana mereka sama sahaja dengan kita. Bazar ramadhan ada dimana-mana. Sambutan menjelang raya juga meriah di sana. Terbaru, pasaraya beli belah terbesar di Iraq, Mansour Mall yang berharga 35 juta USD telah dibuka dengan rasminya. Ia satu batu loncatan kepada sektor swasta di iraq. Audi dan Volkswagen pula akan membuka cawangan pertamanya di Baghdad dalam masa terdekat. Beraya sakanlah nampaknya rakyat Iraq kali ini.


Memang jelas bahawa pasca selepas penguguran Chapter Seven, ekonomi Iraq mendadak naik dengan cepat. Semua syarikat global akan tertumpu ke Iraq. Terbaru, firma ekuiti terbesar dunia, Carlyle Group akan membuka operasi di Iraq. Bank-bank global, HSBC, Standard Chatered, JP Morgan dan Citibank sudah diluluskan operasinya di Iraq. Dalam sektor petroleum, syarikat gergasi India, Indian Oil Corporation (IOC) telah menandatangani MOU dengan kerajaan Iraq untuk memajukan 3 lapangan minyak.

Soal infrastruktur awam dan kemudahan asas turut dititikberatkan oleh kerajaan Iraq. Terbaru mereka bersetuju untuk membayar sebanyak 1 bilion USD kepada syarikat Greece, METKA untuk membina janakuasa eletrik. Syarikat Qatar, Doha Investment Company telah diberikan tanggungjawab untuk membina projek perumahan baru di Samawa yang menelan kos 65 juta USD. Dan Iraq sendiri telah menandatangani perjanjian dengan Russia, untuk memulakan penerbangan dua hala dari Moscow ke Baghad ogos ini. Satu perkembangan menarik buat Iraq dan dijangkakan langkah yang sama akan dbuat dalam masa terdekat antara negara kita dengan Baghdad. Tak mustahil nanti kita boleh ke Iraq dan tengok taman tergantung Babylon selepas ini..


Ini semua jelas menunjukkan pertumbuhan pesat Iraq ketika ini. Tak terkecuali dalam aspek sukan. Terbaru, Pasukan bola sepak bawah 20 tahun mereka merupakan pasukan ke-4 terbaik dunia. Segala serbinya nampak Iraq sedang melangkah maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Dan perkembangan ini pasti akan selari dengan peningkatan matawang nanti (RV). Tak logik sebuah negara yang kaya raya, memiliki nilai kadar tukaran matawang yang jauh lebih rendah daripada negara Afrika yang papa kedana. Tentang ramai yang terkejut tentang fakta bahawa negara paling tinggi nilai matawangnya di dunia adalah Kuwait. Dinar Kuwait ketika ini 1 Dinar Kuwait, bersamaan dengan RM 11 duit kita. Bayangkan pekena teh tarik segelas kat Kuwait, kita perlu membayarnya dalam harga belasan ringgit. Negara ke-2 terkaya matawangnya juga datangnya daripada negara Arab iaitu negara Bahrain. 1 Dinar Bahrain ketika ini adalah bersamaan dengan RM 8.30 duit kita. 

Dan jangan terkejut bahawa negara Arab memonopoli 3 tempat teratas negara yang memiliki nilai paling tinggi di dunia. Oman menduduki tempat ketiga dengan nila 1 riyal Oman bersamaan dengan RM 8.13 duit kita. Ketiga-tiga negara itu adalah negara Arab. Jiran kepada Iraq. Duit mereka mahal kerana mereka kaya raya. Mereka ada minyak dan gas yang menjadi permintaan kepada seluruh dunia. Kenapa negara Afrika miskin dan kebuluran, jawapannya juga kerana sumber hasil bumi negara itu. Kita takkan dapat membina menara berkembar petronas sekiranya minyak tidak dijumpai di negara kita. Ini hakikat dan situasi sebenar ekonomi dunia hari ini.

Jadi soal isu rv, sebenarnya sudah terjawab. Dinar Iraq akan naik kerana mereka tergolong antara negara kaya-raya di dunia. Iraq sendiri menduduki tempat ke-4 dalam senarai negara yang mengalami pertumbuhan pesat ekonomi di dunia. Dianggarkan bahawa pendapatan negara Iraq ketika ini adalah berjumlah 160.3 bilion USD. Aset Iraq dianggarkan berjumlah trilion dolar.  Dan kemajuan Iraq akan bertambah pesat lagi selepas ini sepertimana kenyataan Gabenor Bank Negara Iraq, Dr Abdul Basit Turki. Iraq, bila-bila masa dari sekarang akan berubah....termasuklah soal kadar tukaran matawangnya...

Sekatan Chapter Seven Sudah Digugurkan Daripada Iraq.. Pasca Selepasnya...

 
 
Alhamdulillah. Itu ucapan yang boleh kita lafazkan sebaik sahaja Chapter Seven digugurkan daripada Iraq pagi jumaat lalu. Seramai 5 anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan 10 anggota tetap telah mengundi untuk mengugurkan sekatan Chapter Seven daripada Iraq. Di Iraq kini, pesta besar-besaran dengan percikan bunga api telah diadakan bagi menyambut berita gembira ini. Tarikh 27 Jun, telah dianggap sebagai " Hari Kebangsaan Iraq ' dan menurut Perdana Menteri Iraq, Nuri Al Maliki bahawa Iraq telah berjaya menghapuskan halangan besar untuk memulihkan peranan di rantau Arab dan dunia. Iraq berjaya mengembalikan kedaulatan mereka semula dan akan menjadi kuasa besar dunia di kala negara-negara Arab lain masih dalam kekalutan isu perlembagaan dan Arab Spring, katanya.
 
Manakala menurut individu penting yang membawa kepada penguguran Chapter Seven ini, menteri luarny, Hoshyar Zebari menegaskan bahawa Iraq berada dalam era kemakmuran ekonomi yang penuh dengan pelaburan dan syarikat-syarikat minyak dan perwakilan diplomatik yang yakin dengan keupayaan Iraq. Katanya lagi bahawa prestasi ekonomi yang sangat baik akan meningkatlan pendapatan per kapita yang ketara.
 
Iraq menerima ucapan tahniah atas penguguran Chapter Seven ini daripada ramai pihak. Kerajaan Amerika, Kerajaan UAE, Liga Arab bahkan Kuwait sendiri menyambut baik penguguran sekatan ini ke atas Iraq. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Kuwait, Sheikh Sabah Al-Khalid Al-Hamad Al-Sabah mengalu-alukan berita ini dan mengucapkan tahniah kepada Iraq dan berharap agar hubungan diplomatik kedua-dua negara menjadi semakin erat selepas ini.

Semuanya mata dunia tertumpu pada Iraq ketika ini. Jelas bahawa beberapa jam selepas pengumuman penguguran Chapter Seven ini dibuat, nilai IQD naik mendadak walaupun sedikit. Menurut ahli Persatuan bank-bank swasta Saif Al hilfi bahawa kadar pertukaran dinar Iraq berbanding dolar telah melihat kembali ke paras normal selepas penguguran Chapter Seven. Dan ini menunjukkan bahawa hari-hari yang akan datang akan menyaksikan peningkatan berterusan nilai dinar Iraq, katanya. Nampak bahawa IQD akan terus meningkat selepas ini dengan keyakinan semua pihak terhadap matawang Iraq. Ditambah dengan kekukuhan Iraq yang mempunyai rizab kewangan besar. Akhabr Al-Aswad dalam laporan menyatakan bahawa trend permintaan yang tinggi terhadap matawang Iraq sedang berlaku di Iraq. Jelas bahawa singnal RV sudah muncul dan masanya, saya boleh katakan akan tiba bila-bila masa dari sekarang, insyaALLAH.

Pasca selepas penguguran Chapter Seven, adalah pasca yang amat mendebarkan kita semua. Bahkan paling mengejutkan kita semua ialah Iraq akan memperoleh aset yang sebelum ini disekat sebanyak 82 Bilion USD atau kira 262 Bilion RM duit kita. Bayangkan aset sebanyak 262 bilion yang akan diterima Iraq dalam masa terdekat. Itu belum lagi dengan hasil minyak dan gas serta emas negara mereka. Iraq jelas negara kaya raya dan akan bertambah kaya raya selepas ini.  
 
Langkah kerajaan Iraq selepas ini adalah mengumumkan kenaikan IQD pada paras semasa dan inilah yang dipanggil proses RV. Kementrian Perancangan Iraq telah menyatakanb bahawa kadar pertukaran matawang Iraq akan berubah selepas ini. Menteri Kewangan, Youssef El Shukrijumah dalam satu kenyataan rasminya menyatakan bahawa penguguran Chapter Seven memberikan impak yang ketara terhadap pertumbuhan ekonomi dan kadar pertukaran dinar Iraq terhadap mata wang lain. Dalam erti kata lain adalah DInar Iraq akan RV. Sebab itulah kementerian kewangan Iraq dijangkan merangka bajet 2014 mengikut situasi ekonomi terbaru di negara itu. Pasaran Saham Iraq (ISX) dijangka akan bekerjasama dengan pasaran saham NASDAQ, pasaran yang menguasai 25 peratus pasaran saham di dunia ketika ini. Ini semua persiapan Iraq untuk apungkan nilai matawang mereka dalam masa terdekat.  
 
 

Iraq ketika ini telah menjadi pengeksport minyak kedua terbesar dalam Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan akan bergerak lebih maju ke hadapan. Sebab itulah Bank Dunia telah merubah unjuran pencapaian ekonomi Iraq kepada 9 peratus tahun ini, paling tinggi pertumbuhan ekonomi di negara Arab, kurang 2 peratus daripada pertumbuhan gergasi ekonomi dunia, iaitu China.

Semua negara telah yakin akan keupayaan Iraq. Mereka sedang menunggu dan melihat apa yang berlaku seterus selepas pasca penguguran Chapter Seven. Semuanya ke arah psoitif kepada keupayaan ekonomi Iraq itu sendiri. Kenaikan IQD, adalah sememangnya realiti berdasarkan keupayaan ekonomi Iraq ini. InsyaALLAH naik sahaja IQD, saya terus akan inform pada semua pemegang dinar daripada saya. Teruskan berdoa dan harapkan rezeki yang baik untuk kita semua.

Tangga Kejayaan Semakin Hampir


Semua lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Russia, Britain dan China dilaporkan telah bersepakat secara bertulis untuk mengugurkan Iraq daripada Chapter Seven hari ini. Pengundian penguguran Chapter Seven ke atas Iraq akan dilakukan pada jam 11 pagi waktu Iraq iaitu kira-kira pukul 7 petang waktu kita (negara kita lambat 8 jam dari waktu Iraq). Maknanya kita akan dapat khabar gembira dari Pejabat Agung PBB, New York kira-kira jam 7 petang nanti.

Rakyat Iraq sudah siap-siaga untuk menyambutnya sebagai 'hari kedaulatan' Iraq. Kita pula sedang bersiap dan berkira-kira untuk jadi 'orang baru' selepas ini. Sememangnya penguguran Chapter Seven, akan merubah 100 peratus Iraq hari ini. Dari soal ekonomi, politik dan termasuk kadar tukaran matawang asing mereka. Syarikat-syarikat asing akan berlumba-lumba masuk ke dalam Iraq. Pelaburan langsung asing (FDI) akan mencurah-curah masuk ke dalam Iraq. Tiada orang tengah untuk kekayaan negara Iraq. PM Iraq, Nuri Al Maliki pula berjanji akan melakukan transformasi dan reformasi ekonomi Iraq. Nilai kadar tukaran matawang Iraq akan berubah. Bank terbesar dunia, Citibank  dijangka akan membuka cawangan buat pertama kalinya di Iraq selepas penguguran Chapter Seven ini. 

Sistem perbankan terutamannya perbankan islam, akan berkembang pesat di Iraq. Ini semuanya kerana penguguran Chapter Seven ke atas Iraq. Perubahan total akan berlaku ke atas Iraq. Sebab itulah ramalan bahawa Iraq akan menjadi kuasa besar ekonomi dunia satu hari nanti, bakal terlaksana selepas ini. Dengan dasar liberalisasi ekonomi dan pasaran terbuka, serta kekayaan hasil masyhul seperti petrol, gas dan emas, ianya tak mustahil. Benarlah hadith Nabi bahawa hasil bumi antara Sungai Tigris dan Euphrates (iaitu negara Iraq) adalah melimpah ruas. Dan kita pasti akan terkena tempiasnya nanti.

Forumer dari US sudah berkira-kira akan naik dalam 3 USD atau RM 9.60 untuk 1 dinar iraq. Ada sumber menyatakan bahawa 1.25 usd (RM 4). Tapi sumber saya menyatakan bahawa IQD akan naik ke paras 1 dinar bersamaan 1 usd atau rm 3.2 dan itu adalah paras minimun. Apapun, setiap kenaikan akan memberikan kejayaan dan kekayaan buat kita yang memiliki IQD. Soal naik berapa, ia akan sentiasa naik hinggalah mencapai paras 1 dinar bersamaan 3.2 usd atau kira-kira RM 9.60 duit kita, seperti sebelum perang dahulu. Apa yang paling penting adalah kita simpan atau tidak matawang ini..InsyaALLAH kita doakan hari yang baik untuk kita semua hari ini.. insyaALLAH

 
* Buat pelanggan setia saya, tunggukan mesej daripada saya jika nilaian IQD meningkat nanti. Pukul 3 pagi sekalipun, kami akan mesej anda semua.

Popular Posts

BTricks