Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Jangan Percaya Dengan Khabar Angin...

Banyak khabar angin dan sms masuk katanya Dinar Iraq sudah RV pada hari ini, 24 Mac 2011. Kalau dah RV, sujud syukur kita semuanya. Tapi bila check dengan beberapa orang teman dan Central Bank of Iraq, nyata ia khabar angin semata-mata. Tengok dekat currency converter pun, nilainya masih sama. Kalau RV nanti, saya tulis besar-besar kat sini..DINAR IRAQ SUDAH RV…mandi tak basah kita dibuatnya..

Satu lagi khabar angin (mungkin fitnah) ialah tentang kononnya note besar Dinar Iraq akan dihapuskan dengan membuang 3 kosong. Bahkan dikatakan kononnya note 5 k sudah habis stok. Nak beli kena bayar satu ribu sekeping. Ini semua dusta dan permainan orang tak bertanggungjawab. Note 5 k masih lagi ada di pasaran dan ia boleh lihat di websiti Central Bank of Iraq (sini).

Dan saya sendiri masih menjual rm 75 sekeping. Jadi kalau yang jual seribu ringgit sekeping itu, memang kaki belit dan kaki pow…kita patut hati-hati dengan orang macam ini..

Berbalik isu kononnya note besar Dinar Iraq akan dihapuskan dengan membuang 3 kosong, saya boleh kata kata pada orang yang buat spekulasi ini sebagai orang yang ada tak bertanggungjawab. Timbulkan kerisauan kepada pemegang dinar yang lain. Saya boleh patahkan hujah golongan yang tak bertanggungjawab ini dengan beberapa fakta dan hujah seperti kat bawah ni…

1. Jika penghapusan 3 kosong di buat ke atas dinar, maka bukan sahaja kita yang akan bankrap tetapi satu dunia pun akan bankrap. Dan jika buang 3 kosong dibuat, ianya bukan sahaja memberi kesan kepada note 25K sahaja tetapi semua note Dinar seperti note 50 Dinar, note 1,000, note 5,000 dan note 10,000 juga akan menerima kesan yang sama. Tidak benarlah jika ada pendapat yang mengatakan note kecil dinar tidak menerima kesannya.

2. Bank Negara Iraq tidak pernah menyebut langsung soal buang 3 kosong ini. Bahkan Bank Negara Iraq pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tentang rancangan penghapusan tiga kosong itu. Hanya cakap-cakap kosong di dalam web dan forum sahaja.

3. Kalau dibuangnya 3 kosong itu, nescaya Iraq akan bankrap. Adakah Bank Negara Iraq sanggup membankrapkan rakyat Iraq dan bank perdagangan di Iraq dengan menjadikan nilai 25,000 Dinar ke 25 sahaja. Sudah tentu tidak. Kalau dilakukan juga, sudah pasti ruginya bertrilion-trilion. Nak cetak wang baru pun makan kos, apatah lagi nak buang nilai wang di pasaran.

4. Note besar tiada masalah dalam sesuatu matawang. Tengok negara jiran kita, Indonesia. Mereka guna juta rupiah bersamaan satu ribu lebih duit Malaysia. Takde masalah pun. Cuba kita lihat note Dinar Kuwait, sumber RV kita. Note Dinar Kuwait yang terbesar ialah 10,000 Dinar Kuwait. I Dinar Kuwait bersamaan USD 3.40. Maka nilainya bersamaan USD 34,000.00 atau melebehi RM 112,000.00. Tak timbul langsung cerita Dinar Kuwait akan dibuang tiga kosong. Logiknya buang tiga kosong akan merugikan negara berkenaan. Takkan nak bangkrapkan negara sendiri dengan alasan dan hujah yang cetek.

Jadi tak timbul langsung soal penukaran note besar ini. Lagipun note 25,000, 10,000 dan 5,000 Dinar Iraq telah digunakan sejak 60 an lagi. Zaman Saddam pun sudah gunakan note besar ini. Jadi takde masalah pun dengan isu note besar ini. Yang bermasalah adalah mereka-mereka yang buat-buat pandai, tapi menyusahkan orang ramai..

Benarlah hadith Nabi S.A.W bahawa setiap berita yang disampaikan oleh seseorang, hendaklah disiasat dahulu. Jadi siasatlah dulu berita itu, bukannya terima bulat-bulat. Jadi kemungkinan untuk kerajaan Iraq untuk hapuskan note-note kecil, adalah mustahil sama sekali. Kalau orang main bola tu, mustahil sekali penjaga gol akan menjaringkan gol dari pintu gol..kecuali jarang-jarang seperti yang dilakukan oleh Syamsuri Mustaffa dulu masa Sukan Sea..itupun nasib sahaja. Jadi janganlah percaya khabar angin kononnya note besar Dinar Iraq akan dihapuskan tak lama lagi…

Popular Posts

BTricks