Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Kunci Jutawan Berada Di Tangan Kita


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, menjadi jutawan bukannya dengan jalan yang mudah. Beliau yang dinobatkan sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia (No 1 bagi orang melayu), dan juga ke-32 terkaya di Asia Tenggara bukannya menjadi kaya raya dengan sekelip mata. Siapa sangka keturunan Yaman Malaysia ini, mampu mengumpul harta kekayaan sebanyak 1.4 bilion walaupun berlatarbelakangkan pendidikan SPM. Dia mula berniaga pada umur 19 tahun dengan menjual lembu dan kerbau. Bahkan beliau pernah menjual sayur dan roti canai di pasar. Dan hari ini, siapa sangka anak pengembala lembu ini mampu memiliki syarikat jutaan ringgit dan menjadi ikon bagi mana-mana jutawan baru hari ini.
Jelas bahawa kekayaan bukannya mudah untuk dicapai, tapi tidak sukar untuk digapai. Macam bagi kita hari ini yang memiliki dinar, kekayaan menanti, tapi bukanlah sesenang disangka. RV tetap RV, kerana itu putaran ekonomi yang wajib bagi Negara Iraq. Tapi ALLAH yang tentukan semuanya. Kita hanya perlu bersabar dan berdoa.
Bahkan seluruh dunia optimis yang Dinar Iraq akan RV tak lama lagi. Bukannya spekulasi semata-mata, tapi kerana faktor-faktor tertentu yang akan membolehkan Dinar Iraq kembali ke asal sama seperti nilainya sebelum perang 2003 dahulu. Paling jelas petandanya adalah pengumuman rasmi Gabenor Bank Iraq, Dr Sinan al Shabibi bahawa Iraq akan angkat tiga sifar daripada Dinar Iraq sekarang. Ini bermakna bahawa Dinar akan RV dan menjadi 1 USD dalam masa terdekat. Bukan kita yang kata, tapi Gabenor Bank Iraq sendiri yang kata. Bahkan dah masuk dalam majalah Dow Jones dan juga The Washington Post. Itu yang saya hairan kalau orang masih kata pelaburan dinar Iraq ini tipu. Apa yang tipunya kalau satu dunia melabur dalam pelaburan matawang Iraq ini. Maknanya Dinar Kuwait dulu yang RV selepas perang, adalah tipu juga ke. Itu yang hairannya. Manusia dikurniakan akal, tapi sukar untuk letakkan akal di tempat yang betul.
Bahkan hari ini masih tersebar sms kononnya penjual dan pemilik dinar akan disiasat oleh polis pula. Hai…hebat benar kita ni sampai polis pun nak siasat. Kalau salah tangkaplah. Pintu pejabat saya sentiasa terbuka untuk disoalsiasat polis. Apakah kita buat jenayah ke? Sampaikan polis pun nak siasat. Adakah Malaysia ni satu Negara yang istimewa, hinggakan dinar pun nak diharamkannya. Sedangkan Bank Dunia pun tak haramkan, ini pula Malaysia…ekonominya jauh lebih rendah daripada US atau China…lagipun macamna nak kesan pemilik dinar Iraq ini. Ada cip ke yang ditanam dalam Dinar, dan boleh dikesan oleh GPS di seluruh negara kita????..Nak fitnah agak-agaklah. Biarlah logik dan bukannya bila orang mendengar, terus orang kata itu tak betul. Kalaulah saya ni manager celcom atau maxis. Saya siasat empunya sms ini. Yelah manatahu takut-takut orang ni dealer dinar juga. Yang suka buat havoc dan timbulkan suasana kelam kabut kerana stok mereka dah habis. Sampaikan sms kat saya minta saya menutup blog ini. Apa ke halnya nak tutup blog ini, bukannya kita sebar fitnah atau bahan kurang menyenangkan. Kita menulis, berdasarkan kebenaran dan fakta, bukannya auta.
Apapun berkaitan dengan isu parlimen Iraq, Bank Negara Iraq (CBI) telah berjumpa dengan ahli parlimen Iraq semalam dan pembentangan telah dilakukan untuk cadangan menaikkan tiga sifar dalam dinar Iraq. Bersama-sama Bank Negara Iraq, badan-badan bebas lain seperti unit audit, suruhanjaya piliharaya Iraq turut membentangkan draf cadangan rang undang-undang mereka. Menurut speaker Parlimen Iraq, Osama Nujaifi bahawa badan-badan bebas seperti CBI adalah terletak di bawah kekuasaan Parlimen. Dan parlimen berhak untuk buat keputusan dalam perjalanan CBI itu sendiri. Memang transparent kerajaan Iraq ini. Sebab Parlimen di bawah badan perundangan, bukannya kuasa mutlak PM dan kabinet itu sendiri. Dan berkaitan cadangan mengangkat tiga sifar itu, ahli-ahli Parlimen Iraq memberikan respon positif akan cadangan ini. Sama-sama kita nantikan ia dibentangkan untuk bacaan pertama di parlimen, sebelum ia diluluskan sebulat suara oleh ahli parlimen Iraq sebagai satu rang undang-undang. Maknanya jika diluluskan oleh Parlimen Iraq, RV lah kita. Semalam hanya pertemuan, bukannya kelulusan. Jadi bersabar ya. Ikut berita dari Iraq, nampak respon positif untuk diluluskan angkat tiga sifar ini.
Dan berita lain semalam, Kabinet Iraq telah luluskan mandat PBB untuk menerima Iraq pada 1 Julai ini untuk membebaskan diri daripada Dana Tabungan Antarabangsa. Dana ini sebenarnya bertujuan untuk mengawal dana Iraq daripada spekulasi antarabangsa. Dan jika dana ini dibebaskan, sudah tentu sekatan Chapter VII akan dihapuskan daripada Iraq dan spekulasi untuk ekonomi Iraq akan timbul di pasaran antarabangsa dan ia baik untuk matawang Dinar itu naik atau RV. Untuk itu, Iraq akan membuka kaun khas di Amerika Syarikat dan semua pendapatan dan dana Iraq akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bank Negara Iraq. Dana ini juga bertujuan membayar 5 peratus daripada pendapatan minyak Iraq kepada Kuwait, sebagai memenuhi tuntutan antarabangsa sebelum ini. Dan selepas 1 Julai 2011, bermula era baru untuk Iraq itu sendiri. Satu potensi untuk dinar Iraq akan RV juga.


Bagi pengeluaran minyak Iraq pula, Menteri Minyak Iraq dalam satu wawancara dengan Alsumaria News menyatakan bahawa eksport minyak Iraq telah meningkat menjadi 66.9 Juta per tong pada bulan Mac, dengan keuntungan dianggarkan kira-kira 167 juta dolar US. Berbanding November tahun lepas, yang hanya mencecah 550,000 tong sahaja. Peningkatan ini adalah kerana kemasukan pelabur-pelabur asing dalam cari gali minyak dan juga pembukaan telaga minyak baru, terutamanya di Basrah dan Kirkuk. Peningkatan keuntungan ini juga diperolehi berdasarkan harga minyak dunia yang telah mencecah 120 USD setong ketika ini (sebab itulah dengar kata, minyak ron 95 negara kita akan naik awal mei nanti). Nah dah terbukti depan mata, bahawa prospek dinar Iraq adalah cerah. Takkanlah Negara pengeluar dan pengeksport minyak kedua terbesar dunia, mempunyai nilai matawang yang paling rendah bahkan lebih teruk daripada Negara miskin di afrika. Dinar Iraq mesti naik, dan pasaran dunia yang akan tentukan kenaikkan matawang ini.
Semalam juga, teruk Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari diajukan pertanyaan oleh ahli parlimen Iraq lain, berkaitan isu penundaan Sidang liga Arab di Baghdad. Ramai ahli Parlimen minta kerajaan Iraq, usahakan agar sidang itu dijalankan di Baghdad sebelum jun ini. Sementelahan pula hampir 40 juta USD telah dibelanjakan bagi persiapan sidang kemuncak itu. Dilaporkan bahawa menteri-menteri luar arab akan bermesyuarat 5 mei ini di kaherah untuk selesaikan tarikh Sidang Liga Arab yang asalnya dijadualkan pada 23 March 23, sebelum ditunda ke 11 Mei dan masih tertunda hingga ke hari ini kerana masalah kekacauan politik di beberapa Negara timur tengah.
Berkaitan isu penjualan Dinar Iraq yang semakin sedikit dilelong oleh Bank Negara Iraq, Penasihat Bank Negara Iraq, Mohammed Saleh telah mengumumkan semalam bahawa pengurangan lelongan daripada 150 juta dolar US kepada hanya 18 juta USD sehari, adalah berkaitan dengan masalah cukai ke atas Bank swasta di Iraq. Juga masalah stok yang semakin berkurangan. Masalah ini akan diselesaikan dalam masa terdekat dan menurut kenyataan penasihat CBI itu, masalah itu tidak akan dibiarkan berterusan disebabkan oleh keinginan Iraq untuk menstabilkan matawang mereka di pasaran antarabangsa. Maknanya nak RV lah tu. Apapun kita dapat melihat bahawa Dinar Iraq dah jadi macam gorang pisang panas di dunia ketika ini. Sebab itulah stoknya makin kurang dan berlakunya permintaan melebihi penawaran bagi dinar ini. Mujur kita bertuah dapat miliki dinar ini kerana bukan mudah sebenarnya untuk miliki ‘harta karun’ ini. Jadi saya pun hairan kenapalah orang masih pertikaikan dinar Iraq ini, sedangkan seluruh dunia tengah mencari untuk memiliki dinar ini. Sampaikan ada orang kata, kita menyeludup dinar ini. Macam seludup beras atau dadah di sempadan. Saya nak tanya mereka-mereka ini, kalau ada pelajar atau pelancong dari Iraq yang datang ke Malaysia dan di dalam poket mereka ada dinar Iraq. Adakah mereka dikatakan seorang penyeludup..macam keldai dadah yang kecoh ketika ini??? Logiklah sikit. Kalau tak isytihar cukai, dah lama saya meringkuk dalam penjara. Nak fitnah biarlah berpada-pada.
Apapun RV tetap RV..kita tunggu dengan kesabaran dan berusaha serta bertawakal. Saya minta maaf kerana lambat update berita terbaru tentang perkembangan dinar Iraq. Ini kerana terdapat masalah kesihatan keluarga dan juga kekangan masa. Bagi pelanggan saya, jangan risau kerana jika RV, andalah orang yang pertama akan ketahuinya. Sama-samalah kita doakan akan rezeki kita dibuka seluas-luasnya oleh ALLAH S.W.T dalam masa terdekat. RV tetap Rv, insyaALLAH

Popular Posts

BTricks