Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Pelabur Yakin Ekonomi Iraq, Pasaran Saham Iraq Melonjak 25 Peratus

Semalam, akhbar berpengaruh The Washington Times melaporkan bahawa Iraq telah mencatatkan kebangkitan dalam beberapa tahun terakhir ini daripada keganasan dan juga keruntuhan ekonomi. Akhbar terbesar di US itu turut menyatakan bahawa Iraq mampu mengawal keamanan dan meningkatkan ekonomi mereka, di sebalik kekacauan dan keruntuhan ekonomi negera jiran mereka di Timur Tengah.
 
Bahkan dilaporkan bahawa pasaran saham Iraq telah melonjak hampir 25 peratus dalam dua bulan pertama tahun ini, dan rekod $ 20 juta dari dana pelaburan datang dari negara seperti AS, Eropah dan Teluk Parsi, walaupun bursa saham Arab lain jatuh ke paras 15 peratus.

Menurut Kenneth Kuhn, presiden Global Capital Investments, sebuah syarikat pelaburan dari Chicago yang mengkhususkan diri dalam saham Iraq berkata bahawa kebangkitan ekonomi Iraq dikatakan bermula dengan mendadak pada bulan Disember 2010 selepas PBB memutuskan untuk mengiktiraf kerajaan yang baru saja dibentuk dan mencabut sekatan lama terhadap negara itu.

Dengan beberapa loji minyak terbesar dunia yang belum dimanfaatkan, Iraq sebenarnya telah mendapat keuntungan luar biasa daripada kenaikan harga minyak yang telah melambung menjadi 100 USD lebih per tong akibat krisis rusuhan di Timur Tengah.

Dengan keganasan turun ke paras 90 peratus sejak 2007, Tabung Kewangan Antarabangsa bulan lepas menyatakan bahawa mereka mendapati Iraq telah mencapai kestabilan ekonomi dengan inflasi menurun dan optimis bahawa ekonomi Iraq akan memperlihatkan kadar pertumbuhan superlatif tahunan lebih daripada 10 peratus pada tahun mendatang.

* Jika laporan akhbar antarabangsa, IMF yakin dengan ekonomi Iraq, takkanlah kita tak yakin dengan pelaburan Dinar Iraq. Kalau ASB, kita perlu tunggu setahun, tapi pelaburan Dinar Iraq, mungkin esok atau 2-3 bulan lagi. Sabar itu penting. Ada orang sejak 2003 dah beli dinar Iraq. Jadi mungkin kesabaran itu penting. RV tetap RV. Sebab dah banyak petanda positif telah timbul . Usah dirisau penundaan Liga Arab pada 11 Mei ini, kerana ia bukan berpunca daripada Iraq, tapi negara sekitarnya terutamanya Bahrain yang bergolak akibat protes rakyat. Bahkan Iraq sendiri telah peruntukkan 100 juta USD untuk menjayakan sidang terbesar negara itu sejak sedekad lalu. Dan dilaporkan semalam, menteri luar negara Arab akan bersidang minggu depan untuk menentukan tarikh baru Sidang Arab ini. Mungkin bulan Mei atau bulan Jun hadapan.

Ada satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Seorang hamba ALLAH memberitahu saya bahawa kawannya telah melabur dalam Dinar Kuwait sebelum 2003 dahulu. Bila dah RV, kawannya yang juga rakyat Malaysia menjadi kaya raya sekelip mata dan menetap di Jepun sekarang (mungkin nak elak cukai kot). Iyalah, dulu Dinar Kuwait jatuh ke paras 1 USD bersamaan 0.0001 Dinar Kuwait, tapi hari ini telah menjadi Bermakna 1 USD bersamaan 0.27555 Dinar Kuwait. Dan 1 Dinar Kuwait bersamaan RM 10.88 duit kita. Banyak betul kenaikannya. Jadi tak mustahil situasinya akan berulang pada Dinar Iraq. Dan insyaALLAH apa yang kita miliki hari ini, akan menuruti jejak yang telah di alami oleh para pelabur Dinar Kuwait dahulu. Bukankah sejarah sentiasa berulang-ulang. Apapun RV tetap RV..

Popular Posts

BTricks