Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Kita Nantikan Situasi Mendebarkan Hari Ini...

 
Tiada lelongan Dinar dibuat dalam masa dua hari lepas kerana Iraq bercuti pada hari jumaat dan sabtu. Dinar Iraq akan kembali dilelong pada hari ini dan kita mengharapkan teka teki kenapa lelongan dinar Iraq semakin menurun, akan terjawab sedikit masa lagi. Adakah lelongan dinar Iraq pada hari akan sama dengan situasi sejak 24 April lalu, iaitu lelongan di bawah paras 100 juta USD? Jika ya, mungkinkah Dinar Iraq akan RV tak lama lagi? Apapun kita nantikan pola lelongannya hari ini. Memang mendebarkan sebenarnya. Berita mengenai lelongan dinar Iraq boleh dilihat di website Central Bank of Iraq.

Apa yang saya boleh katakan, pola jumlah lelongan daripada Bank Negara Iraq, seakan-akan memberi petanda bahawa RV akan hampir. Ia menunjukkan seolah-olah bahawa Bank Negara Iraq sedang menyimpan dinar, bagi simpanan kerajaan Iraq bila RV nanti. Iyalah sebab daripada biarkan dinar dimiliki oleh orang luar, baik mereka simpan untuk keuntungan negara mereka sendiri.

Macam yang dilakukan oleh Kuwait dahulu. Bila dah tahu nak RV, pola lelongan Dinar Kuwait menurun dan Bank Negara Kuwait dilaporkan menyimpan Dinar Kuwait untuk kepentingan negara mereka. Lihatlah hari ini. Kuwait adalah sebuah negara kaya raya. Bayangkan 1 Dinar Kuwait bersamaan RM 10 duit kita.

Itu belum lagi lihat bank terbesar asia barat yang berasal dari Kuwait, iaitu Kuwait Finance House. Bank ini membuka cawangan di serata dunia termasuk di negara kita. Yang terbaru cawangan bank ini ialah di Kota Bharu, Kelantan. Dengan kadar tetap pinjaman peribadi paling rendah di negara ini, Kuwait Finance House bolehlah dinobatkan bank negara Arab paling berjaya ketika ini. Dan mungkin ini yang cuba dibuat oleh Bank Negara Iraq. Mereka mahukan jenama mereka tumbuh di seluruh dunia. Bahkan Menteri Kewangan Iraq, Dr Rafie al-Issawi sendiri dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan Iraq akan melindungi bank-bank swasta di negara mereka bagi kepentingan rakyat Iraq itu sendiri.

Kalau Kuwait yang sekangkang kera itu boleh lakukannya, takkanlah negara Iraq yang keluasannya berkali-kali ganda dari Kuwait dan merupakan negara ke-2 terbesar di dunia yang memiliki simpanan minyak, tidak mampu lakukannya.

Berkaitan cadangan Bank Negara Iraq untuk mengangkat tiga sifar, ianya telah memasuki fasa terakhir. Menurut penasihat Bank Negara Iraq, Dr Mohammed Saleh, projek itu dah hampir selesai. Hanya menunggu kelulusan Parlimen sahaja yang kembali bersidang hari ini.

Menurutnya lagi, jika projek ini diluluskan, ia akan membentuk satu jumlah kumpulan tunai yang besar iaitu kira-kira 27 trilion dinar Iraq. Bahkan dari sudut inflasi pula, ia akan mengurangkan kadar inflasi daripada 34% menjadi 4 atau 3%, serta akan menstabilkan semua bursa saham Iraq. Sebab itulah kerajaan Iraq amat mahukan projek mengangkat 3 sifar ini berjaya dilaksanakan. Kita apalah lagi. Kalau boleh nak cepat-cepat projek ini diluluskan. Kalau boleh hari ni juga kita nak ia berjaya dilakukan.. Bolehlah kita semua membantu orang disekeliling kita, pada masa yang sama selesaikan apa yang patut.

Bagi pentadbiran kerajaan Iraq pula, tingggal 33 hari lagi sebelum tempoh 100 hari reformasi kerajaan Iraq tamat. Sebelum ini, PM Iraq, Nuri Al Maliki telah memberi amaran kepada menteri kabinetnya untuk membuat reformasi dalam semua kementrian yang mereka pegang. Kita tunggu dan lihat, sama ada reformasi ini berjaya dilakukan atau tidak. Paling kita tunggu tentulah reformasi kementrian kewangan. Sebab di kementrian itulah, antara penentu kepada Dinar Iraq RV dalam masa terdekat atau tidak. Tentu mandi tak basah kita kalau RV dalam masa 33 hari akan datang, seperti tempoh yang diberikan oleh Maliki itu..

Dilaporkan juga bahawa Askar US akan keluar sepenuhnya pada November ini. Menurut kenyataan dari White House, 50 ribu askar US akan ditarik sepenuhnya daripada Iraq akhir November ini. Manakala bekas presiden Perwakilan AS bagi parti Demokrat, Nancy Pelosi dan juga ahli kongres US akan tiba di Baghadad hari ini dan akan bertemu dengan Perdana Menteri Nuri al-Maliki serta pegawai kerajaan Iraq. Pertemuan ini adalah bagi membincangkan isu pengunduran tentera US hujung tahun ini dan juga soal-soal ekonomi. Mungkin nak persembahkan soal RV pada Obama kot.

Iraq pula dilaporkan amat marah dengan negara-negara Arab atas penundaan Sidang Kemuncak Liga Arab yang ditunda pada tahun hadapan. Pada Khamis lalu, Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa Agung dalam satu kenyataan media mengatakan bahawa Sidang Liga Arab telah ditunda ke Mac 2012 selepas ditunda dua kali tahun ini akibat krisis demontrasi rakyat di beberapa negara terutamanya di Yaman, Bahrain dan beberapa negara Arab lain.

Iraq amat marah kerana mereka telah menghabiskan 450 juta USD (540 bilion dinar Iraq) dalam persiapan untuk Sidang Kemuncak Liga Arab ini. Wang mereka dihabiskan untuk projek-projek menghiasi landskap di Baghdad, projek mengubahsuai istana Saddam Hussein dan juga enam hotel utama di Baghdad, serta pembinaan infrastruktur seperti jalanraya di tengah-tengah Baghdad. Ramai yang mempersoalkan jumlah wang yang dihabiskan untuk sidang itu tetapi menurut Ali al-Moussawi, penasihat media Perdana Menteri al-Maliki, mengatakan ia yakin wang itu tidak pergi ke dalam tong sampah.

Apapun penundaan sidang ini tak memberi makna apa-apa kepada proses RV, cuma mungkin tidak lonjakkan imej Iraq di mata dunia pada tahun ini. Iraq sebenarnya memang nak anjurkan sidang itu, tapi kerana masalah dalaman negara Arab lain, ianya terpaksa ditunda buat sementara waktu.

Apapun keadaan ekonomi di Iraq semakin bertambah baik. Baru-baru ini, satu perjanjian antara Iraq dan Jordan ditandatangani untuk pembinaan jalan kereta api antara Baghdad dan Aqaba, Jordan. Pembinaan laluan keretapi sepanjang 150 km dengan kelajuan 140 kilometer per jam [87 mph] dilaporkan akan merancakkan pembangunan ekonomi di kedua-dua negara. Manakala syarikat penerbangan terkenal dunia, Etihad Airway menyambut ulang tahun pertama kejayaan operasi mereka di Iraq. Jelas bahawa ekonomi Iraq semakin dipacu dengan baik. RV sememangnya tetap RV, tapi masanya kita tahu. Apa yang saya boleh kata adalah masanya sudah hampir. Bila ya? InsyaALLAH adalah rezeki buat kita semua dalam masa terdekat ini..

Popular Posts

BTricks