Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Rezeki ALLAH Itu Luas...


Tinggal 2 hari lagi sebelum Jun melabuhkan tirai dan bulan Julai menemui kita. Apa yang istimewanya dengan Julai? Tentulah kita nantikan tarikh keramat 1 Julai kerana ada sesuatu pada 30 Jun. 30 Jun, dicatit oleh Just Hopin dan Dinardaddy bahawa RV akan berlaku dan banyak forum di US mengakuinya. Analisis saya, saya nampak ada kebenarannya tapi RV sebenarnya boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Tengok gaya kenyataan media oleh Bank Negara Iraq 2-3 hari lepas, mereka jelas dan terang mahukan 1 Dinar bersamaan 1 USD (RV lah tu). Sebelum ini mereka hanya bercakap nak selidik, studi atau perkataan sewaktu dengannya yang membawa makna mereka sedang melakukan persiapan untuk angkat tiga sifar. Tapi bermula dua hari lepas, mereka sudah bercakap mahukan RV, bukannya ingin buat persiapan lagi. Jadi tempoh RV bila-bila masa dari sekarang. Jadi banyakkan doa semoga kita peroleh rezeki yang baik tak lama lagi, insyaALLAH

30 Jun ini, satu mesyuarat antara Iraq, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, PBB dan juga Tabung Arab Bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial akan diadakan di Amman, Jordan. Mesyuarat itu dijangka akan dihadiri oleh Kerajaan Iraq, Presiden Lembaga Audit Tertinggi dan Pengerusi Jawatankuasa Pakar Kewangan, anggota Penasihat Antarabangsa dan Pemantauan, wakil-wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa serta Bank Dunia dan Tabung Arab bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial.

Mesyuarat itu akan menyentuh tentang Tabung Pembangunan Iraq yang akan berakhir pada khamis ini. Tabung Pembangunan Iraq merupakan dana yang disumbangkan oleh negara-negara anggota PBB bagi pembangunan Iraq di bawah Majlis Keselamatan PBB. Tabung ini ditubuhkan pada tahun 1995 apabila Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi yang Iraq hanya boleh mengeksport minyak untuk makanan sahaja (oil for food). Sekatan ini dibuat melalui Chapter VII dan ia menyebabkan ekonomi Iraq tidak berkembang pesat. Jadi sekatan Majlis Keselamatan ini wajar dihapuskan bagi membangunkan ekonomi Iraq yang kaya dengan minyak itu.

Sebab itulah PBB telah luluskan resolusi no. 1956 pada tahun 2010 untuk Tabung Pembangunan Iraq ini dimansuhkan pada khamis ini, 30 Jun. Ini sebagai satu lambang bahawa Iraq tak perlukan lagi ‘tongkat’ untuk mereka meminta sedekah dengan negara luar. Jika Tabung ini dimansuhkan, secara automatik sekatan yang dikenakan ke atas Iraq sebelum iaitu minyak hanya boleh ditukarkan dengan makanan, akan digugurkan juga. Ia berkait rapat dengan Chapter Seven Majlis Keselamatan PBB yang jika digugurkan, akan memberi kesan besar kepada matawang Iraq (Dinar RV). Senang cerita, keputusan 30 Jun nanti akan mampu melonjakkan matawang Iraq dalam ekonomi dunia. Sebab sesuatu peristiwa yang berlaku, akan mencorakkan pertukaran mata wang sesebuah negara. Macam hari ini, kegagalan Greece mengawal struktur hutangnya menyebabkan matawang Euro jatuh dan ia turut menjejaskan ekonomi dunia. Macam dinar Iraq sekarang, jika ada keputusan untuk menghapuskan sekatan yang dikenakan ke atas Iraq dilakukan, nak tak nak…dinar akan naik juga..

Sama ada Iraq akan umumkan untuk RV selepas mesyuarat itu berakhir dan keputusan telah dicapai, sama-samalah kita doakan. InsyaALLAH ada rezeki kita sebab sememangnya dinar akan tetap RV dan ia seringkali disebut dan tindakan turut diambil oleh Bank Negara Iraq untuk merealisasikannya. Jadi RV sememangnya akan tetap berlaku..

30 Jun ini juga, satu keputusan konkrit akan diambil oleh Parlimen Iraq bagi kedudukan Amerika Syarikat di Iraq kerana mereka ingin keluar pada khamis ini, bukannya pada 31 Disember 2011 sepertimana mengikut perjanjian Iraq-US pada tahun 2008. US ingin keluar cepat-cepat sebab negara mereka tidak mempunyai dana dan sumber bagi meneruskan misi ketenteraan di Iraq. Bahkan di Afghanistan pun, mereka akan keluar juga pada tahun ini.

 
Dengan ekonomi US yang semakin merudum, mereka tak mampu menanggung kos ketenteraan di Iraq dan Afghanistan yang mencecah 20 bilion USD setahun. Sebab itulah mereka nak keluar cepat-cepat daripada Iraq dan Afghanistan. Pengunduran tentera US ini sebenarnya secara tak langsung akan menaikkan matawang dinar dan pasaran saham negara itu. Kerana ia melambangkan bahawa Iraq sebuah negara yang bebas dan mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam soal menguruskan negara mereka sendiri.

Melihat ekonomi Iraq ketika ini, mereka sebenarnya sudah melangkah jauh untuk menjadi negara Arab yang maju dan berdaya saing suatu hari nanti. Pelaburan langsung asing (FDI) sentiasa meningkat dan terbaru, syarikat kejuruteraan dari China,
The Chinese Oil Firm for Engineering & Construction telah memperolehi kontrak untuk mengeluarkan 100,000 tong satu hari di Halfaya, Selatan Iraq. Kerajaan Iraq turut menandatangani MOU dengan syarikat Korea untuk membina 80,000 unit perumahan di Basra. Menurut  Ketua Pengarah Perundingan, Kewangan dan Pelaburan Murabaha, Dr Hassan Hamoui bahawa Iraq boleh dianalogikan sebagai sekeping kek untuk para pelabur dan bank-bank antarabangsa berkongsi untuk membantu perkembangan Iraq melalui sumber hasil buminya yang banyak. Sememangnya Iraq menjadi tempat pelaburan paling efektif di timur tengah ketika ini dan sudah tentu ia membantu ke arah matawang dinar itu diapungkan melihat kepada potensi yang ada pada Iraq.


Bahkan pasaran saham Iraq (Iraq Exchange Stock (ISX) adalah pasaran saham yang aktif ketika ini di timur tengah. Dilaporkan bahawa pelabur asing yang membeli saham sebanyak 84 bilion USD dalam tempoh 5 bulan sebulan ini berbanding hanya 53 bilion USD pada tahun 2010. Memang banyak peningkatan dan ia dijangka akan terus meningkat kerana pelabur yakin dengan kemampuan Iraq terutamanya dalam sektor gas dan minyak. Menurut ISX, kebanyakan pelabur adalah daripada Amerika Syarikat, Eropah serta Timur Tengah dan mereka lebih memilih sektor industri gas dan minyak serta industri perhotelan sebagai pilihan saham mereka. Nampaknya Iraq begitu dipandang tinggi oleh negara. Jadi takkanlah matawang mereka nak duduk di takuk lama dan lebih rendah daripada negara Afrika yang tidak mempunyai pasaran saham. Jadi RV sememangnya akan berkunjung juga..sabar noo..

Berkaitan pasaran Forex pula, jelas yang pair (pasangan) USD/IQD adalah paling hot sekarang ini. Jika trend pembelian melalui forex banyak berlaku, secara jelas dinar akan diapungkan secara trade dan ia berikan berita gembira buat kita semua. Mungkin kita tak arif apa itu Forex. Forex ini adalah singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Forex merupakan sebuah entiti kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD). Sekarang ini matawang Iraq telah diperdagangkan dengan matawang besar seperti USD di pasaran forex. Dan ia akan terus naik sebab forex dah memasuki Iraq minggu lepas. Jadi dengan petanda aras pasaran saham dan forex, jelas yang Dinar amat berpotensi untuk diapungkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Sekarang kecoh pasal kononnya Iraq nak buang tiga kosong daripada 25,000 kepada 25 sahaja. Takkanlah Bank Negara Iraq yang di dalamnya ramai pakar-pakar PHD termasuk Gabenornya akan mufliskan Iraq dengan pemansuhan nilai dinar. Misal kata kita ada RM 100, tiba-tiba nak mansuh jadi RM 1. Maka kita rugi dalam rm 99. Iraq takkan buat kerja itu. Saya dah ulang beberapa kali yang Iraq takkan laksanakan pembuangan itu secara pemansuhan nilai. Pemansuhan note (redenominasi) kemungkinan ada. Tapi tiada lagi pengumuman rasmi daripada Bank Negara Iraq setakat ini. Jadi kita tunggu dan lihat, insyaALLAH.

Di peringkat global pula, dilaporkan bahawa Menteri Sumber Air Iraq, Abdul Latiff Rashid telah terpilih bersama-sama dengan 4 calon lain bagi pemilihan jawatan Ketua Pengarah Makanan Dan Pertanian PBB (Food and Agriculture Organization [FAO]). Satu undian akan dijalankan di Rom esok dan jika wakil Iraq itu terpilih untuk mengemudi satu pertubuhan besar di bawah PBB, maka sudah pasti Iraq akan dihormati di peringkat antarabangsa dan menaikkan ‘saham’ Iraq di mata dunia.

Apapun kita tunggu dua hari lagi insyaALLAH. Sama ada benar atau tidak telahan yang dibuat oleh Just Hopin atau Dinardaddy serta forumer lain dari US. Mengikut putaran ekonomi, proses RV perlu dilalui oleh negara Iraq. Sama-samalah kita teruskan berdoa dan mudah-mudahan kita semua dilimpahi rezeki yang baik, insyaALLAH..

Popular Posts

BTricks