Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

Pelaburan Matawang Adalah Pelaburan Bijak...20 Amalan Pembuka Pintu Rezeki


Siapa kata melabur dalam matawang tidak menguntungkan? Pelaburan dalam matawang adalah pelaburan yang paling menguntungkan dan boleh dapat duit dengan banyak dalam sekelip mata sahaja. George Soros, individu ke 29 paling kaya di dunia dengan nilai harta 11 bilion USD , adalah pemain matawang yang aktif di dunia ini. Beliau seorang yahudi berketurunan Hungary sebenarnya berasal daripada keluarga miskin dan pernah bekerja sebagai pengangkut barang di stesen kereta api serta pelayan restoran di England. Hidupnya berubah sekelip mata setelah memulakan pengumpulan kekayaan melalui peniagaan matawang pada tahun 1945. Dan harini, majalah Forbes isytiharkan dia sebagai individu ke 29 paling kaya di dunia dan semuanya hasil kekayaannya adalah daripada hasil pelaburan matawang dan juga perniagaan-perniagaan lain. Bahkan kayanya Soros ini, beliau mampu menggoncangkan matawang sesebuah Negara seperti yang dilakukannya kepada Ringgit Malaysia pada tahun 1998. (memang kita melaknat kaum yahudi, cuma usaha beliau dalam mengumpulkan kekayaan boleh kita teladani).
Jadi tak mustahil kita yang membuat pelaburan dalam matawang dinar Iraq, akan menuruti jejak langkah Soros ini (jejak langkah kekayaan) walaupun tak lah jadi bilionair. Kerana pelaburan matawang adalah pelaburan yang sah dan menguntungkan. Saya bagi contoh senang yang berlaku baru-baru ini. Akibat krisis hutang US, matawang dollar US jatuh ke paras terendah iaitu 1 USD bersamaan dengan 2.943 USD pada 28 Julai 2011. Dalam tempoh 13 hari, USD kembali naik mencecah paras 3.021 pada 10 Ogos 2011. Maknanya kalau sesiapa yang beli USD pada 28 julai dan menjualnya pada 10 Ogos. Mereka akan mendapat keuntungan sebanyak 0.078 untuk satu dollar. Jika kita ada 10,000 USD, tentu akan dapat untung dalam rm 780. Kalau ada 100,000 USD, dapat untung dalam 7800 dan modal pun akan dapat balik. Kalau 1 juta USD, senang-senang je dapat dalam RM 78,000 dalam tempoh 13 hari (boleh beli Kia Spektra sebiji). Modal 1 juta itu tetap ada dan langsung tidak terusik. Sebab itulah orang kaya semakin kaya, kerana pelaburan dalam matawang yang boleh untung berkali-kali ganda dalam masa yang singkat.
Inilah yang dikatakan pelaburan bijak. Kerana Dinar Iraq lain dari yang lain. Untungnya lagi beribu-ribu kali ganda daripada keuntungan pelaburan US dollar yang saya bagi contoh di atas. Nilai matawang mereka memang rendah iaitu 1 dinar bersamaan dengan 0.00084 USD. Ada 3 kosong di situ. Dan ia akan naik dan diapungkan sebab takkan Iraq selama-lamanya nak biarkan matawang mereka lebih rendah daripada Negara afrika yang mundur. Dan mereka telah umumkan untuk naikkan nilai matawang dinar. Soal penyusunan matawang, ya memang mereka hendak lakukan dengan pengeluaran note yang ada bahasa Arab, Inggeris dan Kurdish. Itu tak jadi masalah kerana saya boleh menukarnya kepada note baru buat pemegang dinar yang membeli daripada saya. Iraq akan bagi tempoh. Itu bukan masalah besar. Yang masalahnya ialah nilai dinar Iraq itu sendiri. Sebab itulah dah ada bunyi-bunyi daripada Menteri Iraq yang mahu percepatkan pengapungan dinar kerana ekonomi global yang semakin meleset dan harga minyak yang semakin menurun. Nak cecah 100 USD satu tong berbanding 120 USD satu tong bulan lalu.
Jadi mereka mahukan RV..dan kita juga mahukannya..mudah-mudahan dengan usaha dan tawakkal kita, insyaALLAH kita akan perolehi rezeki yang baik suatu hari nanti, insyaALLAH.
Akhir kalam, sempena bulan barakah ini, sama-sama kita berkongsi 20 amalan yang dapat membuka pintu rezeki kita. Sememangnya Allah telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk termasuklah dalam soal RV. Semoga kita dilimpahi rezeki yang baik dan inilah 20 amalan pembuka pintu rezeki yang sama-sama kita boleh kongsikan, insyaALLAH.


1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)



5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)




16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Popular Posts

BTricks