Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

* Setiap pembelian akan diberikan resit syarikat kami. Perjanjian bertulis akan dibuat atas permintaan pelanggan. IQD kami diimport terus dari Iraq dan diisytiharkan di bawah undang-undang Kastam

1 Dinar Bersamaan 1 USD



Timbalan Gabenor Bank Negara Iraq, Dr Mohammed Saleh dalam satu kenyataannya berkata bahawa rang undang-undang angkat tiga sifar akan diluluskan bila-bila masa dan ia akan dilaksanakan selepas membuat pertimbangan terhadap kekuatan ekonomi negara. Dan paling menarik untuk saya petik kata-kata orang nombor dua dalam Bank Negara Iraq ini, ialah bahawa denominasi terbesar dalam nilai akan berlaku dan penghapusan sifar akan meningkatkan nilai mata wang Iraq dan mengurangkan kos pengendalian wang tunai mata wang. Maknanya projek angkat tiga sifar sedang dijalankan dan ia sememangnya serampang dua mata. Redenominasi iaitu kecilkan jenis matawang dan juga reveluasi, iaitu pengapungan dinar. Bukannya LOP atau buang nilai dalam nilai matawang (rugi dan boleh bangkrap kalau buat macamtu).


Senada dengan Timbalan Gabenor CBI ini ialah kenyataan Pengarah syarikat-syarikat pemindahan wang luar, Sami Rashid yang menyatakan bahawa mengangkat sifar daripada mata wang itu akan meningkatkan keyakinan dalam mata wang, dan akan membawa kepada peningkatan kuasa beli rakyat, Sebelum ini pun, Dr Issam Mahouelle, pakar ekonomi Iraq ada berkata bahawa proses memotong sifar mesti diimbangi oleh peningkatan kuasa mata wang tempatan (IQD) untuk diseimbangkan di antarabangsa yang selari dengan masa untuk memperkenalkan mata wang baru. Manakala menurut Pengarah Cawangan Bank Rafidain, Muslim bin Aqeel bahawa proses penghapusan sifar daripada matawang Iraq akan menyumbang untuk menyokong dan merangsang aktiviti ekonomi di negara ini.
Bahkan paling menarik adalah kenyataan penganalisis ekonomi, Talal Jassim yang berkata bahawa mengangkat tiga sifar akan membawa kepada kadar pertukaran satu dolar bagi setiap dinar. Maknanya 1 dinar bersamaan 1 usd. Rv lah maksudnya seperti yang saya katakana sebelum ini, iaitu pemotongan tiga sifar dalam nilai matawang dan juga note matawang, bukannya pemotongan note matawang tanpa sekali dengan pemotongan nilai matawang.

Boleh dikatakan, wujud perkembangan menarik dalam pelaburan dinar Iraq ketika ini. Kita gempar baru-baru ini apabila ada website pertukaran matawang asing, http://www.1-usd.info/. Menunjukkan bahawa 1 dinar bersamaan 1 usd. Maknanya dah RV lah tu. Tapi setakat yang saya check dekat website pertukaran matawang lain, masih nilai yang sebelum ini. Jadi kmungkin kesilapan teknikal daripda website. Ataupun mungkin ada jangkaan yang disebut silent rv…mudah2an insyaALLAH. Apapun jika Iraq dah umumkn RV, satu dunia akan secara automatik akan RV juga..bukannya di Singapura sahaja. Dekat Malaysia pun kena RV juga. Tapi bila kita tengok berita sejak-sejak akhir-akhir, dah wujud petanda positif yang dinar akan RV, berbanding berita tujuh atau lapan tahun lalu.
Bajet negara kita dibentangkan pada jumaat lepas. Banyak perkara yang menarik dan boleh diperbahaskan daripada bajet itu timbul. Iyalah, bukannya semua ada lampu ajaib untuk atasi masalah ekonomi negara. Cuma jangan berlaku ketirisan dan kebocoran melalui amalan tak patut seperti rasuah dan pembaziran, sudahlah. Tetapi daripada pembentangan bajet negara kita, jelas wujud peluang untuk rakyat majukan diri mereka dan keluar daripada kepompong kemiskinan. Bajet kita diperuntukkan sebanyak RM 232.8 Bilion dengan perbelanjaan operasi seperti bayar gaji berjumlah 181.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 51.2 Bilion. Apa yang menarik di sini adalah peruntukkan bajet negara membangun seperti negara kita, yang hanya kira-kira 74.47 Bilion USD, kurang sekali ganda daripada bajet Iraq yang dianggarkan sebanyak 131 bilion USD. Jadi kalau negara kita yang sebegini membangun pun tak boleh lawan bajet Iraq..apalagi yang nak kita sangsikan dengan keupayaan Iraq untuk membangun? Tentu mereka dah siap siaga untuk pacu pertumbuhan ekonomi lebih efisien lagi dan ia perkhabaran baik buat matawang mereka itu sendiri.


Dari sudut defisit, negara kita mencatatkan defisit yang lebih tinggi daripada Iraq. Iaitu defisit sebanyak 6.6 peratus berbanding dengan Iraq yang dijangka sebanyak 4.5 peratus. Apa makna defisit ini? Bahasa mudahnya adalah belanja lebih daripada yang diperuntukkan. Maksudnya belanja diluar kemampuan kita dan berhutang.

Untuk atasi defisit bajet Iraq sebanyak 4.5 peratus, Penasihat Ekonomi Nuri Maliki, Hussein Anbuge ada mencadangkan agar Iraq meminjan daripada Badan Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mungkin antara 4.5 bilion dan juga Bank Dunia (World Bank) sebanyak 2 bilion USD. Peminjaman ini sebenarnya untuk elakkan perancangan dalam bajet Iraq tergendala dan ia bukannya nilai yang besar berbanding bajet Iraq yang dianggarkan kira-kira 151 Bilion USD. Dan untuk bajet Iraq kali ini, dijangka akan ada kenaikan gaji bagi pekerja awam di Iraq. Satu lambang kepada keupayaan Iraq untuk berbelanja lebih besar dalam soal pengurusan negara mereka.
Dalam mesyuarat OPEC yang bermula semalam, Iraq dijangka akan membentangkan satu polisi untuk negara mereka bagi mencapai keputusan OPEC yang membolehkan Iraq mengeluarkan 12 juta tong satu hari pada tahun 2017 dan melonggarkan sekatan antarabangsa ke atas Iraq. Banyak tu dalam 12 juta tong satu hari. Bayangkan jika ia benar-benar berlaku, sudah tentu permintaan terhadap matawang Iraq tinggi dan ia akan menaikkan secara automatik matawang Iraq. Sama-sama kita tunggu adakah polisi ini akan diluluskan dalam mesyuarat OPEC yang telah bermula semalam.
Sebenarnya ada beberapa isu yang melibatkan Iraq masih dalam perbincangan. Antaranya isu Chapter VII Resolusi Majlis Keselamatan PBB. Isu ini sedang dalam perbincangan dan semalam, Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Iraq, Martin Kobler telah bertemu dengan Presiden Iraq, Jalal Talabani bagi membincangkan isu tersebut. PBB dilaporkan menyokong usaha Iraq ini cuma kita tak tahu bila Iraq benar-benar dibebaskan daripada chapter seven. Macam isu kemerdekaan Palestin, ia juga masih dalam perbincangan tapi bila dah dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, ianya dah tak lama dah untuk selesaikan kedua-dua isu ini.
Buat pertama kalinya sejak 2003, ruang udara Iraq sepenuhnya dikawal oleh tentera Iraq. Menurut satu kenyataan kedutaan US di Iraq, bahawa tentera udara US atau US Air Force (USAF) telah dipindahkan daripada lapangan terbang Baghdad bermula 1 Oktober 2011 dan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq (ICAA). Nampaknya ada perubahan ketara dari sudut ‘kemerdekaan Iraq’ dan selepas ini bolehlah kita buat kesimpulan, bahawa US benar-benar akan tinggalkan bumi Iraq. Tetapi yang boleh kita timbulkan di sini ialah, takkan US nak keluar tanpa ada apa-apa keuntungan atas apa yang mereka telah belanjakan 3 trilion USD untuk perang di Iraq. Mesti ada keuntungan yang akan mereka dapat. Mungkinkah habuan melalui pengapungan dinar (US pemegang terbanyak IQD)…kalau benar, Alhamdulillah. Kita pun kena tempiasnya.

Pelaburang Langsung Asing (FDI) lebih tinggi daripada Bahrain & UAE




Satu laporan yang disediakan oleh Arab Financial, bahawa pelaburan langsung asing (FDI) di negara-negara Arab ketika ini agak menurun dan akan jatuh keparas 17% tahun ini dan akan berkurangan lebih ketara di negara-negara Arab yang mengalami kekacauan politik. Satu laporan yang memetik daripada Persatuan Arab untuk Pelaburan dan Kredit Eksport, yang berpangkalan di Kuwait bahawa pelaburan langsung asing di 21 negara-negara Arab akan jatuh ke 55,1 bilion dolar pada tahun 2011 dari 66,2 bilion dolar pada tahun 2010. Ia dijangka menyaksikan Mesir, yang telah menyaksikan sebuah gerakan bantahan menumbangkan Presiden Hosni Mubarak, mengalami penurunan mendadak dalam kadar pelaburan sehingga 92%, kerana ia adalah dijangka untuk pelaburan asing di negara ini sehingga setengah bilion dolar pada 2011 berbanding dengan 6,4 bilion dolar pada tahun 2010.



Manakala di Syria pula, FDI telah berkurangan dari $ 1.4 bilion pada tahun 2010 kepada 0.5 bilion dolar pada tahun 2011, penurunan sebanyak 65%. Manakala di negara-negara Arab lain seperti penurunan sebanyak 36% di Bahrain dan 21% di Tunisia. Walau bagaimanapun, laporan tersebut meramalkan bahawa direkodkan tujuh negara-negara Arab yang dilindungi oleh peningkatan dalam pelaburan asing, terutamanya Arab Saudi, di mana pelaburan ini akan meningkat kepada $ 29 bilion, berbanding dengan 28,1 bilion dolar pada tahun 2010.

Dan yang menariknya, laporan itu telah meramalkan bahawa pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Iraq adalah bertambah sebanyak dua kali ganda untuk mencapai 3.5 bilion USD untuk tahun ini. Satu perkembangan menarik di Iraq di kala negara-negara Arab lain yang mengalami penurunan pelaburan yang masuk ke negara mereka. Kalau Iraq taka man, kenapa negara luar berani untuk melabur di Iraq (terbaru Britain yang memeterai perjanjian berbilion dolar dengan Iraq untuk membangunkan ekonomi Iraq sehingga 2015). Jelas Iraq adalah destinasi pelaburan yang terbaik ketika ini dan jika FDi banyak masuk ke sesebuah negara, ia pasti merancakkan ekonomi di negara itu. Matawang dinar? Nak tak nak akan naik juga kerana jika sesebuah negara atau syarikat asing ingin melabur di Iraq, mereka perlu tukar duit mereka ke dalam nilai IQD..dan ia sudah tentu akan menaikkan permintaan terhadap IQD itu sendiri. Jika permintaan tinggi terhadap matawang itu, sudah tentu nilai matawang itu akan naik. RV tetap RV, insyaALLAH.


Popular Posts

BTricks